
Sila abaikan signboard Little Brother di atas. Nampak garang, tapi dalam hati ada taman..
Ingin kami berikan berita baik untuk mereka yang bertanya tentang pengiklanan di KakiWayang.com. Yeah, dengan lafaz bismillah ar-rahman ar-rahim, kami lancarkan ruangan pengiklanan di website ini. Antara objektif pengiklanan adalah untuk kos operasi website ini dan juga untuk penyediaan hadiah-hadiah menarik contest kami sendiri. Mantap bro!
Untuk permulaan, kami sediakan lima ruangan pengiklanan berbentuk banner (kedudukan di atas shoutbox sebelah kanan ni), saiznya adalah 168px darab 60px. Harga kawan-kawan untuk sebuah iklan adalah RM20 sahaja sebulan.
Jika anda (ye, anda yang sedang membaca tu) berminat untuk mengiklankan apa-apa barangan ataupun servis/website anda, bolehlah hubungi kami di email admin@kakiwayang.com dengan kepilkan banner dan link iklan anda. Kami akan berikan maklumat lanjut untuk proses pembayaran kepada anda.
Semoga ruangan pengiklanan ini sedikit sebanyak dapat membantu kami merancakkan lagi website ini untuk menjadi website utama review filem di Malaysia. Last but not least, teruskan menyokong kami yaw!!
ps: Kalau ada yang nak iklan lain pun boleh emailkan kami untuk berbincang, ada nak sponsor hadiah contest kami pun boleh. Hehe =)











saya nak beriklan