Yeah! Kini dilancarkan segmen Penulis Jemputan KakiWayang.com
Terima kasih kepada yang memberi cadangan kepada kami. Setelah berbincang dan mengambil kira pelbagai pendapat, kami ingin menjemput anda (ye, anda yang sedang membaca nih!!) untuk menjadi penulis jemputan di KakiWayang.com. Peluang untuk anda menunjukkan kreativiti penulisan dan keterbukaan pendapat anda tentang industri perfileman tempatan dan antarabangsa.
Jom baca beberapa syarat terlebih dahulu:
1. Terbuka kepada bloggers dan juga bukan bloggers
2. Penulisan hendaklah dalam bahasa melayu (kalau ada beberapa term english dibenarkan)
3. Pecahan penulisan terdiri daripada pengenalan, sinopsis, dan komen/review anda
4. Penghantaran perlu disertakan sekali poster dan 2 gambar aksi filem
5. Setiap review filem adalah asli dan tidak pernah di-publish di mana-mana blog/website
6. Review anda perlulah untuk filem-filem (tempatan & luar negara) yang sudah ditayangkan tetapi belum pernah di-review di KakiWayang.com
Apa yang anda dapat sebagai penulis jemputan?
1. Menajamkan penulisan review anda
2. Medium untuk pembaca KakiWayang.com untuk memberi review filem sendiri
3. Peluang untuk bloggers/penulis mempromosikan cara penulisan dan blog mereka
Anda berminat?
Sila emailkan dahulu tajuk filem yang ingin di-review oleh anda. Ini memudahkan kami untuk menentukan tajuk yang telah diambil oleh penulis lain dan hanya seorang sahaja penulis untuk satu filem.
Emailkan kepada admin@kakiwayang.com dengan tajuk filem, nama anda, nombor telefon dan url blog anda. Booking tajuk filem adalah berdasarkan konsep first come, first serve. Jika pilihan filem telah diambil oleh orang lain, kami akan beritahu anda secepat mungkin untuk pemilihan filem yang lain.
Apa tunggu lagi, jom jadi Penulis Jemputan di KakiWayang.com!












nak jadi penulis jemputan plzzzz popcorn madu!
Yup boleh, baca syarat2 di atas dan emailkan kepada kami di admin@kakiwayang.com