Filem ini datang dari genre yang sama dengan Narnia dan Lord of The Rings, tapi yang ni orang Malaysia yang buat tau. Best dan berbaloi untuk ditonton, saya sering melihat kekuatan Afdlin adalah pada jalan cerita dan pemilihan pelakon yang mantap. Seronok menonton filem ini dan team produksi juga tak buat kerja cincai when it comes to prop dan pakaian pelakon. Sedikit yang mencacatkan filem ini adalah pada CGInya (especially part bahtera terbang), mungkin bajet mereka tidaklah semegah geng2 KRU but still, saya percaya jalan cerita dan pelakon yg mantap masih mampu mendatangkan sambutan yang baik terhadap filem Misteri Jalan Lama.
Sinopsis :
Indra (Hans), seorang bekas pelumba kereta dan kaki judi adalah seorang anak yang agak kureng dan telah 10tahun lari dari rumah kerana sangat bencikan ayahnya. Ilyas (Que), seorang genius pelik dan tidak pandai bersosial merupakan anak yang sangat taat kepada bapanya. Kematian Iskandar (Datuk Ahmad Tarmimi Siregar), bapa kepada 2 beradik ni membongkar satu misteri yang tak disangka. Indra ditawarkan semua harta sekiranya dia berjaya membawa pulang adiknya ke kampung. Namun sebenarnya misi itu tidaklah semudah membeli tiket bas Transnasional apabila perjalanan mereka melalui jalan lama telah membawa mereka ke satu alam ghaib yang sememangnya menantikan kedatangan mereka. Dan ternyata kampung yang dimaksudkan bapa mereka sebenarnya ialah JAWAPAN kepada kenapa keluarga mereka sangat pelik. Ha, ada rasa teruja adventure tak? Jom tengok Misteri Jalan Lama!!
Pelakon : Hans Isaac, Que Haidar, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Vanida Imran, Marion Caunter, Sabrina Hassan, Liyana Jasmay, Namron
Apa yang best filem ni?
Jalan cerita best. Sememangnya ni adalah kelebihan Afdlin (saya suka Papadom!!). Seringkali label ‘santai’, ‘komedi ringan’, ‘filem sempoi’ diletakkan sebagai alasan kepada filem yang jalan cerita yang macam sampah, tapi ini tidak terjadi kepada Misteri Jalan Lama. For me, filem ini ialah sesuatu yang kita boleh kata dekat kawan2 dari luar negara yang ini filem dari Malaysia, bukan cam sesetengah filem lain tu. Jalan cerita yang tak malas, dan pada saya, filem-filem macam ni la yg wajar terima pulangan juta-juta.

Pelakon best. Hans dan Que membuatkan watak itu seolah2 memang direka untuk mereka. Saya try tanya diri sendiri sapa lagi yang boleh bawak watak tu sebaik itu, tapi memang takde. Ini mungkin kerana lakonan mereka memang menjadi dan natural, xnampak poyo or struggle sangat nak menghayati. Vanida Imran, Datuk Ahmad Tarmimi, Marion Caunter, Liyana Jasmay, Namron pun best, tak nampak la pelakon yang kami rasa kureng dalam filem ni.
Plus point sebab pelakon tambahan pun best jugak. Even watak macam geng Botak, ketua tentera orang nian tu, lagi Nasir Bilal Khan sebagai raja nian, dan even orang2 nian dan kaum Gaus tu sendiri semuanya tak nampak pemalas dan bersungguh-sungguh. Anda nak tengok camne pelakon tambahan boleh spoil mood tengok filem? Lihat saja filem L***s.

Props dan kostum juga tak cincai. Saya rasa cam rajin la diorang upah pelakon tambahan ramai-ramai bagi menjadikan alam lain tu nampak real. Kostum diorang pun dibuat dengan kesungguhan, ntah berape banyak la duit keluar dekat situ…haha… paling like watak ketua kaum Gaus tu (rasa Afdlin dalam tu) yang antara raksasa paling real pada saya dalam filem tempatan.
Hoh, tulis lagi banyak pun tak guna, kesimpulan dia filem ini best dan kalau anda sanggup keluar RM10 duit tiket anda untuk filem-filem ‘ringan’ , anda seharusnya boleh keluar duit untuk filem ini juga kerana ia berbaloi-baloi…hoho..
Apa yang tak best filem ini?

First, kostum raja nian tu slack part perut. Kostum tu boroi kot. I bet kalau kostum tu tak boroi memang raja nian akan jadi salah satu watak superhero yang kita ingati dan boleh wat poster best. Bagi yang dah tengok filem ni cuba korang imagine watak Raja Nian tu dibuat poster, pasti korang rasa cam apekah perut dia..haha..
Kedua, CGI dia memang boleh wat kita sengih sendirian. Paling fun time bahtera terbang tu, pada saya, daripada keluar kapal camtu, baik xpayah keluar lansung dan filem ni jadi lagi best. Agak spoil the mood sikit. Memang la alasannya bajet filem tak macam Lord of The Ring, tapi rasa ada lagi alternative lain cam kereta kuda ke, badak yang dimodified ke,…which is lagi murah..haha…
Then, babak ranjang Marion dengan Que tu terasa cam lama sangat. Macam cepat la habis part ni, segan juga kadang-kadang. Memang la daya tarikan kan aksi ranjang, lagi2 awek cun cam Marion tapi kalau bawak anak mesti cam, ‘please cepat sikit diorang habiskan part ni’…haha
Yeah, amacam…kalau dah tengok Misteri Jalan Lama, meh la share2 comment korang kat sini,..bagi yang belum tengok, sila pergi tengok..hoho…bukan selalu Malaysia ada filem camni kan…. K2, sampai sini saja review saya kali ini…hingga berjumpe lagi!!!













filem yg menarik ditonton, satu kelainan n keberanian cubaan afdlin.
dengar2 nya koatum makhluk yg ganas tu mmg diimport dr luar negara. mmg menarik utk ditobton. kelainan film dr pengarah tempatan!
Setuju ngan review nie…
100% nak wat review macam nie,dari sisi kelebihan dan kekurangan… tapi cam xsempat2 nak tulis
Yang kekurangan tue harap2 bole diterima pihak afdlin dan crew untuk membuat karya yang lebih baik di masa hadapan
suka adegan ranjang tu… kah3
: Review dan Movie Mistakes: MISTERI JALAN LAMA
Sudah tonton dan ini review filem ini dari pandangan saya
Review Filem Misteri Jalan Lama
sape eh plakon yg jd awek bunian yg mnari ngn hans tu..
memula tu macam promising…hehehe…. tp bila dah masuk alam bunian tu mula rasa mcm merepek and last2 bertambah klakar bila tengok kostum yg ntahape2… tkyah wat kostum perot boroi2 tu pun tkper just pakai pakaian putih…. Overall…. ermm ntahlaaa…rasa rugi jer hari tu dtg tgk. TUnggu tayang kt TV pon tkper. Sbb pengarah Afdlin SHauki tu yg nk tgk. Rasanya cuba buat filem fantasi yang tak perlu kostum pelik2.
perut tu follow trademark afdlin shauki kot, tang atas dah ketol2, tang bawah lak boroi.. cam aku