KakiWayang.com

Puss in Boots : Pengembaraan comel seekor kucing

Author
  • Kekuatan karektor
  • Kelakar
  • Jalan cerita
  • Grafik

Akhirnya berkesempatan juga menulis review filem Puss in Boots ini. Kesibukan kerja, semalam ada masa terluang dapat pergi tengok di panggung wayang terdekat. Tapi takde versi 3D plak, walaupun memang semangat nak pergi tengok dan review. Ok filem kali ini diarahkan oleh tuan direktor Chris Miller, dengan bekalan suara daripada Antonio Banderas (sebagai hero bernama Puss) dan juga Salma Hayek (juga betina bernama Kitty). Memang comel la cerita ni dari awal hingga akhir, tanpa unsur2 lucah, ganas mahupun seksi2 ok.

Sinopsis

Di suatu masa yang lalu sebelum Puss in Boots bertemu dengan Shrek (ingat lagi tak gergasi besar kaler hijau nih?), beliau adalah seekor kucing yang handal berlawan, penyayang dan suka melanggar peraturan. Cerita bermula di mana, beliau di besarkan di rumah anak-anak yatim bersama dengan Humpy Alexander Dumpy (seketul telur berpakaian, ala yang Humpy Dumpy sat on the wall cerita kanak-kanak dulu kala). Ok, mereka mempunyai impian untuk mencari kacang ajaib untuk menjadi kaya raya dan terkenal. Dari situ, mereka ni berkawan baik dan selalu bersama. Hinggalah pada suatu hari Humpy ni cuba mempergunakan Puss bersama untuk merompak sebuah bank di kampung mereka. Selepas Humpy tertangkap, Puss mencari haluannya dan tidak mempercayai lagi Humpy.

Filem ini diteruskan setelah lama kisah permulaan di atas, Puss telah berjumpa semula dengan Humpy (dibantu oleh Kitty). Mereka meneruskan pencarian kacang ajaib yang kini di tangan Jack n Jill. Setelah mereka berjaya curi kacang ajaib tu, mereka terus ke istana di awan, macam dalam cerita Jack and the Beanstalk. Dari situ, kisah mereka penuh cabaran dan akhirnya berjaya…. Opss, tak nak spoiler, tengok sendiri ok ending dia.

Ulasan KakiWayang.com

1. Mula-mula nak ulas sedikit tentang grafik dia memang cantik gile!! Walaupun tengok filem biasa (bukan versi 3D), pun dah teruja dengan grafik yang sangat lawa ini, apatah lagi kalau korang pergi tengok versi 3D dengan awek/boyfriend.

2. Jalan ceritanya ada dan agak tersusun. Ada satu flashback besar dan beberapa flashback kecik, rasanya budak kecik pun boleh tangkap bagaimana yang ingin diceritakan penulis skrip. Cuma keasliannya kurang dari segi jalan cerita sebab mengikut cerita Jack and The Beanstalk. Ada sedikit variasi yang ditonjolkan dari cerita asal kacang ajaib.

3. Kadar kelakaran cerita ni kami boleh berikan 4 daripada 5 bintang. Memang gelak la dari awal hingga akhir cerita ni (ada jugak babak-babak sedih, tapi sedih kucing apa la sangat kan?) Ada ke malu-malu kucing dalam cerita ni HantuWayang? Owh, kucing-kucing ni semua mana ada kemaluan, eh silap, kucing ni mana ada malu dalam filem.

4. Cerita ini patut ditonton oleh pengemar kucing dan juga awek-awek yang sangat suka tengok muka kartun yang cute. Ada satu babak di awal cerita semasa Puss ni kejar Kitty memang cute abes la diorang buat pertandingan menari, ditambah dengan watak-watak sampingan kucing yang lain. Terbaik.

5. Kekurangan cerita ni dari segi gabungan idea untuk sebuah advanture hero yang baru. (Kalau tiru Jack and The Beanstalk memang kita leh agak la kan ada kacang ajaib, pokok hingga ke awan, istana, telur emas, etc.)

6. Sebelum ada orang tanya soalan begini “Rasa macam pernah tengok kucing Puss ni, tapi dimana?” Ok, nak ulang sekali lagi Puss ni adalah watak sampingan dalam cerita Shrek!!!! Yeah, bawah ni siap letak gambar lagi. Selamat menonton semua!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Choose a Rating

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>