Dua orang crew KakiWayang telah berkesempatan untuk menonton filem Bini-biniku Gangster ini semalam selepas waktu kerja. Apa yang boleh saya katakan, filem ini adalah lebih baik daripada filem Hantu Bonceng dari segi komedi. Juga mempunyai jalan cerita yang lebih nyata. Kadangkala lawak bukanlah hanya untuk mempersenda sehingga menjadi kontrovesi seperti filem Hantu Bonceng. Filem Bini-biniku Gangster ini diserikan dengan pelakon-pelakon yang top masa kini: Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Intan Ladyana.
Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.
Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.
Review daripada KakiWayang.com
Apa yang best cerita ni bro?
1. Firstly, mesti la korang sendiri akan katakan pelakon di yang best kan? Yeah! Memang best dan hot-hot semuanya. Lebih-lebih lagi Yana Samsudin ber-bogel pakai baju tidur dalam cerita ni. Dan sampai satu babak tu, kami sendiri terasa macam Metrowealth nak tunjuk ‘aset-aset’ yang ada kat pelakon-pelakon mereka. Hahaha.
2. Gangster laki dah biasa tengok kan? Kali ni gangster perempuan kasi settle semua pergaduhan. Berapa ramai pun geng pihak lawan, takde hal boleh habis semua bila gangster perempuan ni turun.
3. Penampilan khas pelakon lama Hamid Gurkha sebagai ketua gangster menambahkan keceriaan dan point lawak filem ini. Lain-lain ketua gangster pun mantap-mantap jugak.
4. Part yang agak best jugak buat kitorang dah rasa cam nak beli buku ‘Manisnya Bermadu’ Hahaha. Sesiapa yang dah beristeri dan nak belajar cara-cara bermadu pun disarankan tonton. Mesti anda dalam ilham nanti.
5. Jalan cerita dikategorikan sebagai tahap filem juga la. Walaupun anda pasti inginkan lebih daripada cerita ini, kami rasakan filem ini berbaloi untuk ditonton bersama awek/isteri, mesti terhibur. Ada part-part dimana kami sendiri tak dapat jangka tiba-tiba berlaku. Kira dah ok la tu daripada filem tempatan yang biasa.
Apa yang tak best?
1. Cerita ni diambil daripada cerita My Wife Is A Gangster, dan disesuaikan dengan beberapa elemen tempatan. Warghhh, mana pergi kreativiti pengarah filem tempatan ni? Tapi normal la kot, sebab Malaysia dah biasa tiru filem-filem luar. Tak percaya? Contohnya KL Drift (Tokyo Drift),
2. Walaupun filem ini dikategorikan sebagai PG13, kami di KakiWayang merasakan filem ini patut dinaikkan ke 18SX. Mana tak nya, dari awal hingga ke akhir cerita penuh dengan adengan-adengan yang tak sesuai ditonton oleh budak-budak bawah 18 tahun! (Wah, pas ni mesti ramai laki pergi tengok cerita ni kan?)
3. Bab aksi tu dah ok, cuma kadang-kadang nampak macam kaku dan ‘plastik’ sikit. Mungkin pengarah tempatan boleh labur sikit dalam penggunaan stuntman yang lebih ok. Kasi nampak real sikit bro!
4. Jika sebelum ni ramai yang risau dengan filem-filem gangster dan kongsi gelap memenuhi panggung wayang. Kini anda perlu dua kali lebih risau!! Kerana bukan budak lelaki di sekolah je yang akan terikut-ikut nak jadi gangster, tapi budak perempuan pun nanti! Harap kementerian pelajaran aware perkara ini.
5. Satu part dalam filem ini ditunjukkan Mat Saja ni pergi ke lorong gelap apabila ada masalah. Maaflah kami terpikir jugak semasa ni (walaupun sekadar hiburan filem), adakah filem ini secara halus akan jadi ikutan remaja masa kini? Ada masalah gi lorong gelap, atau pergi jumpa ketua gangster mintak nak masuk kumpulan.
6. Ending cerita ni macam agak mendatar sedikit. Seperti tak klimaks sangat, korang tengah sedap-sedap tengok orang gaduh kat hujung, tiba-tiba habis. Arghh, frust2. Walaupun komedi aksi, kasi la klimaks tinggi sikit baru best nak kuar dari panggung wayang nanti. Hahaha.
Secara keseluruhan untuk kesimpulan, kami syorkan anda tonton filem ini bersama yang tersayang. Tak kisah la, dengan bini pertama ke, bini kedua ke. Yang pasti, hidup Hamid Gurkha! Hahaha. Kalau anda dah tengok atau nak tanya apa-apa, boleh tinggalkan comment di bawah ini. Bagitau la apa yang korang nya pendapat pulak ok. Jumpa lagi di filem yang lain!














ada satu babak tu, time bos nak pecat Mat Saja….die jerit ‘You are period!!’…haha….camharam…
haha.. cerita ni memang best gler.. walaupun ada keburukan dia, tapi bagi aku cter ni still mengubah expectation aku kat filem melayu.. and aku respect la 2 orang yana ngn intan yg berlakon jadi gangster.. cara diorang lawan pun nice, cuma baru lagi kan.. kalu dah byk kali berlakon mcm ni nnti best jadi lagi best.. ehe..
btw, dah ade sistem bintang kat bahagian komen.. hehe..
Anyway filem ini OK la. Cuma jalan cerita agak mendatar. Walaupun ada banyak scene lawan, tapi tak berapa nampak real. Penampilan Yana dgn Intan sbg ketua gangster agak kurang menyerlah, tapi ttp menjadi.
owh sggh balas ke sini.wah tak nak miss lah baca review filem kat sini.kite sebelum gi tgk mana2 filem,mesti nak baca review dr suratkhabar dan juga blog.kdg2 tak semestinya pdpt wartawan kat dunia hiburan tu tepat.kdg2 blogger juga mainkan peranan dlm menaikkan rating kutipan tiket filem,setuju tak hehehe
Memang cite ni ckop best ahhh. lawak gila2. yana mmg hot gila ngan suare pon… aaa mcm nak cairrrr
yyyg
terbaik!!!!!!!! memang best