KakiWayang.com

Review Filem : Apa Tengok-Tengok 2011 : Moral, Moral, Moral?

Author
Users
  • Jalan Cerita
  • Pelakon
  • Kualiti Gambar
  • Aksi
  • Kelakar

Review Filem : Apa Tengok Tengok 2011 : Moral, Moral, Moral?

Filem Apa Tengok-tengok arahan Roy Krishnan merupakan filem pertama terbitan Venture Hills Film Production. Filem ini pada pendapat saya target market dia adalah budak-budak sekolah, kerana katanya banyak nilai pengajaran yang dimasukkan. Jadi pada yang dah masuk U atau dah bekerja (which is 80% of pembayar tiket), mungkin menonton filem ini dikatakan mampu mengembalikan nostalgia anda time sekolah dulu.

 

Anyway, terima kasih kepada cik Helena sebab jemput kami ke majlis tayangan filem ini. So, kalau dah orang dah bagi tiket free ni, kena la wat review kan. Apapun, semasa menulis review kali ini, berdebar kot sebab nak jaga hati semua orang…selama ni sama ada kami dapat tiket dari Nuffnang / Kawan / Competition or bayar sendiri je…haha… tapi itu la blogger, diorang tules ikut sedap je, demi pembaca katanye…

 

Pelakon : Iqbal Mazlan, Chomatt Samad, Gracie, Aaron Roa dan Gracie sebagai pelakon utama.

 

Sinopis :

Mengisahkan 2 kumpulan pelajar (1 team Iqbal, 1 team Sharif) yang sering bergaduh di sekolah. Ini mengundang ketensionan di kalangan guru-guru di sekolah tersebut. Masuk satu awek cun, Adriana sebagai student baru. Adriana mempunyai suara yang sedap hingga pengetua pun suruh dia buat kumpulan muzik yang terdiri daripada gabungan dia dan 2 kumpulan yang selalu bergaduh tu. So, kat situ macam-macam la drama dia sampai akhirnya diorang menang pertandingan tu.

Dalam masa yang sama, kumpulan Sharif ni telah diperdaya oleh Bro Joe untuk mengedarkan dadah (biasa la budak2 jadi keldai dadah ni). Sharif n the gang yang menggelabah bila dapat tahu telah cepat-cepat membuang dadah tersebut.  Bro Joe marah sebab dadah tu hilang hingga dia melakukan sesuatu yang diluar jangkaan terhadap kumpulan Sharif. Nak tahu apa dia buat? Tengoklah filem ini di panggung okay…=)

Review Filem : Apa Tengok Tengok 2011 : Moral, Moral, Moral?

Review  :

Filem ini pada saya mengambil risiko yang sangat besar. Ini sebab dia memilih genre yang kurang popular (tanggungjawab sosial bak kata penerbit). Dalam poster dia tulis filem muzikal aksi komedi. So, ia bukan filem seram, filem aksi pun sebenarnya tak berapa aksi la sebab tiada sebarang letupan dan tak lebih 10 butir peluru digunakan. Muzikal tu ada juga la 4 kali kumpulan tu nyanyi lagu. In term of comedy, saya sangat setuju. Sebab filem ini agak kelakar, sampai Sathiya punya dialog diangkat menjadi tajuk filem walau dia hanya muncul selama 10 minit…

Bab comedy tu memang saya puji. Part Sathiya tu kelakar, dan juga nak puji watak Bro Joe (lakonan bekas peserta Raja Lawak tu). Diorang dua ni memang kelakar dan nampak natural je lakonan diorang. Mungkin saya bukan target market mereka, so lawak-lawak dari pelakon lain cam saya dah boleh agak dari awal.

Sekiranya anda seorang peminat tegar pendidikan moral di sekolah, ataupun seorang yang sangat hoyeah di kem PLKN, anda pasti meminati dan menjiwai filem ini. Ini kerana filem ini memang penuh dengan benda2 tersebut, kalaulah anda check silibus Pendidikan Moral, pasti semua nilai macam bersatu hati, kerjasama, tolong-menolong, hormat guru, ikhlas tu ada dalam filem ni. Kalau PLKN nak ambik filem buat tayangan kat peserta, boleh la ambil filem ini, pastu diskus dalam modul ke ape kan.

 

Satu lagi risiko besar dalam filem ini ialah mengambil pelakon-pelakon baru. Hanya Iqbal juara Pilih Kasih tu yang boleh kata ada nama sikit. So, 90% filem ini dihiasi oleh 9 orang pelakon utama ni yang rata-rata masih baru. Kita faham la kalau lakonan diorang tak sehebat pelakon utama dan konsep beri peluang tu, tapi for me, itu ialah risiko yang sangat ganas especially bila dah lihat apa yang terjadi kepada Ratu the Movie. Harap-harap filem ini meraih keuntungan so dapat la berkembang maju dan hasilkan filem-filem yang lebih berkualiti.

Review Filem : Apa Tengok Tengok 2011 : Moral, Moral, Moral?

Ok, sekarang kita pergi kat part yang kureng sikit pasal filem ni (sorry, tapi kene cakap juga). Filem ini ada unsur-unsur Hindustan di mana tiba2 semua orang tahu menari ikut rentak dan pengetua pun boleh menyanyi dengan sangat baik/kuat tanpa mic. Saya pasti penonton-penonton kita dah didedahkan dengan filem-filem yang hebat so diorang akan rasa kekok/kelakar dengan benda-benda sebegini. Kedua, tak tau la sangat susah nak wat gambar bendera melayang di udara, sampai kene masukkan bendera kartun, hilang mood time tu, or mungkin pengarah ingat penonton tak perasan kot itu bendera kartun.

 

Saya tak tau diorang ni form berape sebab klu yang diberikan hanya diorang ni belajar Math. Diorang bukan budak form 6 sebab uniform diorang exactly the same dengan budak form 1 kat sekolah tu. Diorang juga mempunyai ketinggian yang super-duper compare dengan budak2 kelas sendiri, even pengawas pun jauh lebih pendek. Diorang tak tertekan dengan peperiksaan. Diorang boleh simpan rambut panjang dan siap kaler lagi.

 

Time kejadian tebusan tu, Pengetua kene halau dari bilik polis tapi Penolong Kanan siap dapat duduk lagi and jadi informer. Dalam kejadian itu, pengetua dibiarkan berkeliaran di luar bilik kejadian, I thought polis patutnya jauhkan semua orang dari bilik itu. Semua pelajar dihalau keluar pagar tapi Adriana dengan Iqbal boleh sampai kat tingkat tu tanpa sebarang kesusahan.  Bro Joe wat hal depan pagar sekolah, polis sangat kebetulan tiba-tiba datang tanpa orang panggil. Pastu tiba2 kat pertandingan tu Sathiya dah kenal dengan diorang semua. Saya tertanya camne diorang kenal dan kamcing? Tiba-tiba dah gelak sakan, kene potong ape.

 

Ketika merasakan filem ni dah nak habis, tiba-tiba ada babak budak sakit, kene kanser dan perlukan 150k. Dekat hospital tu, parent budak tu pun xde, cikgu dengan bapak Iqbal pulak yang lebih semangat dari mereka. Pastu nak tolong dengan buat konsert budak-budak, cam tak realistic sikit la. Malangnya tak tahu berjaya ke x konsert tu sebab dia terus habis time diorang nyanyi. So, keseluruhan filem ni diberi title Apa Tengok-tengok? Sempena satu dialog Sathiya itu.

 

Oh, banyak lagi nak tulis, tapi takut jadi panjang sangat pulak dan korang bosan. Bagi blogger lain yang dah tengok filem ni, korang share2 la plak point korang kat sini.  So, rasa korang pun dah dapat apa yang korang nak tahu iaitu, pendapat seorang blogger mengenai filem ni. Bukan tak support filem tempatan, tapi kalau nak maju, u need honest feedback.

 

Semoga filem seterusnya akan lebih mantap dan cemerlang. Kitorang ni bukan orang filem, wartawan yang dibayar gaji or student filem ke ape, just memberi pendapat  dari kaca mata penonton biasa.  Kalau ada staf pihak produksi yang singgah ke page ni, harap jangan kecik hati, sebab kehadiran anda diperlukan untuk memeriahkan lagi industri filem negara. Mungkin ini first filem kan, nak try and error ke ape, harap-harap filem akan datang lebih mantap dan gempak.

 

Sekian, majulah filem tempatan untuk negara.

15 Comments

  1. perghh jujur gile review dia hukss.. sy masih tercari2 nk jujur cam mana nih .. tapi pendek kata tak best lah filem ni , seolah2 bukan filem tapi drama murahan .. huksss

    • tu la puan bee…tapi dah janji nak wat review ngn orang yang bagi tiket tu, tanak pula saya mungkiri…haish…arap2 xkene ban, kata nak review jujur…=)

    • saya suka filem ni…. best sgt…..

  2. wahhhhhh…teruk betul nih…xnak tengok la…ekekekekek

    • tengok dulu hans, nak jugak tau pendapat ko…hehe..

  3. Filem melayu yang paling gagal yang pernah aku tgk. sekian

  4. terasa malasnya nak review sebab tak sanggup nak tenguk filem ni gagal di pasaran..tak sampai hati aaa

    • sama lah kak ina , tk review pun letak sinopsis je lah ..

  5. “Filem ini ada unsur-unsur Hindustan di mana tiba2 semua orang tahu menari ikut rentak dan pengetua pun boleh menyanyi dengan sangat baik/kuat tanpa mic.”

    Err….takan awak tak pernah tengok filem genre musical macam Moulin Rouge, CHicago, Hairspray or koman2 pun hi school musical yg terkenal tu? ….yg semua org dlm filem mampu menari secara tiba2 dan menyanyi dgn baik tanpa mic.

    • haruslah pernah..tengok dulu movie ni n nanti sila nilai sendiri ya scene2 tersebut….weird kot…=)

      • cara diorang lontarkan suara tu pelik sikit ..

  6. Saya nak tahu tajuk lagu yang dinyanyikan dalam filem Apa tengok2..

  7. biasa la,… citer melayu plot lemah, jalan citer ntah apa2. Pastu nak tiru 1@2 plot filem asing.
    Kesimpulannya, filem melayu kelemahannya terletak kepada team produksi bermula dari Produser, pengarah filem yg kurang wat homework bagi menginterprestasi skrip ke dalam bentuk nyata. Kesian…

  8. Aduh.. Ksian btol kt filem ni. Sy sorang pnyokong filem tmpatan tp kcewa dgn kualiti filem ini. Pnerbit/pngarah spatutnya mmaparkn kmatangan dlm hsilkn filem. Sy fham 1 produksi bru, nmun tnya lah pd yg lbh bpngalaman..

  9. Filem ni macam GAMPANG lah!!!!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


− 1 = 8

Choose a Rating

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>