KakiWayang.com

Review Filem : Fright Night 2011 : Tolong Jiran Aku Pontianak??!!

Author
Users
  • Jalan Cerita
  • Pelakon
  • Komedi
  • Kualiti Gambar


 

Best dan sempoi. Filem ini diletakkan under kategori Komedi Seram. Tentu anda tak dapat bayangkan apa akan jadi kalau jiran anda adalah pontianak? Lagi-lagi kalau dia berniat nak membunuh family anda dan tiada siapa pun percaya cakap anda yang jiran anda tu pontianak. Dah tentu tak tidur malam dibuatnya. Pada saya kekuatan utama jalan cerita ini ialah idea yang segar untuk dipertontonkan dan juga jalan cerita yang not-predictable dimana kita sentiasa rasa teringin nak tahu apa jadi seterusnya dan bagaimana konflik dalam filem  ini boleh diselesaikan.

 

 Sinopsis  :

Charlie Brewster yang dahulunya seorang geek tapi kini telah meninggalkan masa lampaunya (dan juga mempunyai seorang awek yang sangat hot). Beliau tinggal bersama ibunya dan menjalani kehidupan yang baik. Charlie juga bukanlah hebat sangat so kadang2 orang di sekeliling dia pun tak percaya dia sangat dalam apa-apa isu. Dan masalah mula timbul apabila Jerry (Colin Farrell) berpindah ke rumah sebelahnya.

Kawan-kawan geek Charlie suatu ketika dahulu telah mendapat tahu bahawa Jerry adalah pontianak dan cuba memberi amaran kepada Charlie tapi tak berjaya. Sehinggalah kawan-kawan geek Charlie mati dibunuh oleh Jerry barulah Charlie percaya. Apa yang lebih menarik, Charlie telah kantoi dengan Jerry (ye la, pontianak kan sense die cam superb). So Jerry perlu membunuh Charlie supaya Jerry boleh terus menyimpan rahsianya sebagai seorang pontianak.

Satu part yang menarik adalah dimana for your information, pontianak adalah seekor makhluk yang sangat beradab sebab dia tak boleh masuk rumah seseorang itu melainkan dijemput. So time ni cam best sebab pelbagai usaha dilakukan Jerry supaya dapat masuk ke rumah Charlie, termasuklah mengorat mak Charlie la, buat2 nak pinjam bir la..supaya dia dapat masuk rumah tu. Once dah masuk, boleh la dia bunuh semua…

Usaha Jerry akhirnya membuahkan hasil dan Charlie dan family terpaksa melarikan diri ke Vegas dan meminta tolong dari seorang ahli magic yang mengaku beliau seorang pemburu pontianak tapi last2 rupanya magician tu fake dan dia sendiri pun tak percaya pontianak itu wujud, just hanya untuk persembahan je…hampeh betul…

So, apakah kesudahan filem ini? Camne nak menentang Jerry sedangkan Charlie bukanlah Van Helsing /Werewolves dan Jerry adalah seekor Pontianak moden yang tak tertipu dengan taktik2 lapuk pembunuhan vampire? Nak tau? Tontonlah Fright Night di pawagam berdekatan.

Apa yang best? :

Jalan cerita yang segar dan best. Feeling bila tengok cerita ni samalah seperti ketika saya menonton Legion (2010) satu ketika dahulu, dimana konflik yang terjadi tu nampak sukar dan kita macam tak sabar nak tahu bagaimana hero setelkan masalah ini. Plus, rasanya takde lagi orang buat filem pasal jiran pontianak ni. So, memang berbaloi untuk ditonton.

Elemen lawak dan sempoi. Lupakan Van Helsing or Twilight, diorang hanya jadi bahan jenaka dalam filem ini. Ini kerana Jerry ialah pontianak moden yang sempoi dan tak lut dek taktik2 yang Charlie tiru dalam filem or website. Skrip juga banyak yang kelakar dan cam ala2 filem Tolong Awek Aku Pontianak versi Hollywood uh. So jangan expect filem ini sangat horror/serius sebaliknya dia macam komedi seram. Sheeeraammm tak? Haha..

Pelakon yang best dan awek yang hot. Of course lepas tengok trailer ramai yang akan cakap ‘oh, Colin Farrel yang berlakon’..effect die lebih kurang sama dengan ‘oh, Sam Shaheizy yang berlakon’ kalau kat Malaysia ni. So, agak bijak la pilih C.Farrel sebab die memang menghidupan filem ini. Plus awek yang hot dalam filem ini sebgaimana filem2 vampire lain seperti Imogen Poots (Amy), Emily Montague (Doris) dan Sandra Vergara (Ginger). Sebab diorang la filem ni jadi 18+…hoho..

So, dari pemerhatian kami di Kakiwayang.com kami rasa filem ini memang best dan berbaloi untuk anda tonton. Mungkin bukanlah filem terbaik tahun ini sebab dia sempoi-sempoi je, tapi memang sangatlah sesuai untuk anda mengisi weekend anda especially to those kaki2 wayang sekalian. Kepada sesiapa yang dah tengok, meh la share comment anda dekat sini….hingga berjumpa lagi di review yang akan datang!!!..

p/s : jangan lupe like page Kakiwayang.com kat facebook…hihi..

3 Comments

  1. Saya pun dapat tiket untuk citer nie daro Nuffnang dan tengok di Cineleisure semalam.
    Bagi sorang yang suka GILE menonton wayang, citer nie best sebab bersahaja. Jika inginkan elemen seram, cerita asal pada 1990-an adalah lebih seram tetapi bak kata kakiwayang, citer ini fresh dan menarik untuk ditonton.
    Effect adalah terbaik saya rasakan sehingga ada yang menyebabkan saya terasa loya!

  2. Camna nak follow blog ni? xde link follow pun huhu..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Choose a Rating

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>