KakiWayang.com

Review Filem : Karak 2011 : Filem Hantu yang benar-benar wujud?

Users

Review Filem : Karak 2011 : Filem Hantu yang benar benar wujud?

Yeah, sorry la lama tak update ok. Btw, filem Karak ini merupakan satu dari beriban-riban filem hantu yang ada kat Malaysia tahun ini. Seriously, promotion dia memang gempak yang akan buat kita tertarik nak tengok, lagipun KRU telah membina kepercayaan di kalangan penonton-penonton Malaysia di mana mereka jarang mengecewakan kita (except for Cicakman..cett)..haha..

Tak seram sangat, tapi cuak gak lepas ni kalau lalu jalan lama Karak kan, sure korang tak berminat nak lalu situ sorang-sorang dah pas ni. Kualiti gambar? KRU buat mesti la cantik kan.  Plus, menampilkan pelakon-pelakon yang ‘segar’ di arena filem. Dan tau apa yang paling saya suka, yeah, hantu nya memang wujud, bukan mimpi, bukan ilusi, bukan cerita dongeng, tapi hantunya memang muncul.

 

Justeru, Kakiwayang.com memberi rating : –

6/10 : Emm, bolehlah, untuk nak isi masa terluang / hujung minggu, seronok juga menontonnya.

 

 

Sinopsis :

Mengisahkan 4 orang pelajar yang on the way pergi Kuantan, tapi jalan jem teruk menyebabkan mereka terpaksa ikut jalan lama. Apakan daya mereka diganggu oleh hantu-hantu di sepanjang jalan itu hingga mereka accident. Dah la accident, termasuk pula kat kawasan orang asli yang lagi la berhantu. Scary kan? Plus banyak hantu-hantu ini sebenarnya telah menjadi buah mulut masyarakat kita dan akan membuatkan kita mengimbau kembali cerita-cerita hantu yang abang-abang senior cerita time kat asrama dulu. Jadi, berjaya tak 4 orang ni mengharungi malam tersebut di kawasan orang asli? Berjayakah diorang merentasi laluan Karak yang berpuaka tersebut? Dan kenapa pula mereka gatal-gatal nak lalu situ? Saksikan semuanya bila anda menonton Karak : Laluan Puaka…muahahahaa…

Review Filem : Karak 2011 : Filem Hantu yang benar benar wujud?

Ulasan :

Seram tak? Ramai yang kata tak seram. Ye la, tak seram sebab apa, sebab filem ini tak main terkejut-terkejut macam Khurafat. Filem ini memang kita dah boleh agak bila hantu dia nak datang or tidak. No kejut2 or cak2.

Tapi apapun pada saya filem ini memang seram, sebab memang filem ni memang menampilkan hantu sebenar, dan bukan ilusi atau mimpi. Pergh, saya benci gila kalau filem hantu tu mimpi, ilusi, penuh orang jerit2 je atau sekadar dipenuhi kejutan. Karak ianya seram sebab ia memang telah diceritakan dari semasa ke semasa, tanpa kita tahu ia benar ke tidak. Lepas tengok filem ni, pergh, sure tak lalu jalan lama Karak sorang-sorang dah, kalau sakit perut pun tahan je. Part yang hantu nenek tu yang tak tahan tu, dan-dan muncul depan mata. Memang seperti yang disebut-sebut budak asrama..haha..

Review Filem : Karak 2011 : Filem Hantu yang benar benar wujud?

Pelakon. Ok, filem ini saya suke sebab ada pelakon-pelakon yang dikategorikan ‘segar’ di arena filem ini. Orang dah tak layan dah gandingan awie +erra, yusry + erra, farid kamil, apek+ fasha yang dah berulangkali di guna pakai. Shahir, Sheera, Kilafairy dan Along memang best. Walaupun lakonan diorang takde la superb sangat cam Fizz+Remy+Tiz (especially part nangis tersendu2), tapi seronok la juga tengok diorang berlakon. Plus, amboi Kilafairy, ko ni memang saja nak tayang ke ape..

Jalan cerita. Ok, menariknya filem ini hantu die memang betul2 wujud dan telah diceritakan oleh ramai orang. Dah tentu menarik sebab kita nak tengok legenda-legenda ini di’filem’kan kan. Dan KRU pun tak ambil mudah dengan combine cerita-cerita tu begitu saja (cam filem momok-momok), diorang create satu jalan cerita 4 orang ni yang accident jumpa orang asli bagai. Biasa filem hantu murahan senang je, satu manusia bercerita kat satu manusia lain, pastu flashback semua cerita hantu tu, last2 yang cerita tu pun hantu. Karak? No way, bukan begitu ye, best.

Review Filem : Karak 2011 : Filem Hantu yang benar benar wujud?

Kualiti gambar? Ok, boring, tak nak cakap pasal ni sebab memang best. Haha..

Soalan besar. Biasa filem hantu semua stereotaip pasal benda ni. Mesti ada satu watak yang akan buat benda bodoh yang sampai penonton kata, ‘woi, kenape ko buat camtu’. Terambik harta yang tak patut la, terminum la, termasuk tempat yang tak patut la, gatal2 nak sentuh itu ini la.Dan benda bodoh itu akan dijadikan punca untuk semua hantu nak datang. Dan untuk filem Karak, yeah ,tahniah Shera Ayob, saya tak tahu kenapa anda tetibe nak pakai rantai tu. Dah masuk rumah yang spooky pun gatal2 nak pakai benda2 pelik. Logiknya kita tak akan buat macam itu. Harap2 director leh kurang2kan benda macam ni, semata-mata sekadar nak buat cerita.

Apapun, banyak sangat filem hantu di Malaysia tahun ini, membuatkan saya rasa kurang ghairah terhadap filem Karak ini. Sebagai sebuah filem hantu Malaysia, yeah, saya boleh katakan antara yang terbaik. Tapi adakah ia akan jadi filem terbaik Malaysia tahun ini, well, I don’t think so. Jadi, kalau anda nak isi masa lapang dan mencari hiburan di hari minggu, yeah, sila tonton filem Karak, ia berbaloi la juga. Tapi kalau terlepas, jangan nangis, jangan kecewa, kita tunggu sahaja malam raya tahun depan ok..

 

Well, sampai di sini sahaja untuk kali ini, sehingga berjumpa lagi di masa akan datang…watchaa…

 

One Comment

  1. sejujor ye sye nwk bge tahu kt korang .. certa ni mmg wujud .. bnyk friend sye ckap n certa pasl jalan karak ne .. ? first, sye tak percaya pa yg kwn2 sya ckapkan dgn sye,pabila sye surh my family go ke kl .. and setelh sampi kt kl ……. i talk my uncle n sye ckap lar , pakh btol certa n pasl jalan karak ne .???? so,uncle saye ckap , don think about that stoy ….. n anty i ckap ,… yar ,, mmg btol jalan karak itu ??? so , sye mula percaya ….. sejujor nye .. i tol2 takt semasa my kazen certakan A sampi Z … eeeeeeee…… bulu sye terangkt .??? dha lah , i tak nwk ckap pasl certa ne lge ? kpd korang smua , kalu terasa takt doa saja Tuhan akn mnolong kita .. PERCAYALAH … Tuhan da di sisi kita …

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


4 − = 3

Choose a Rating

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>