KakiWayang.com

Review Filem : Real Steel 2011 : Robot Menari ala Bieber dan Bertarung ala Wolverine!!!

Author
Users
  • Jalan Cerita
  • Graphic
  • Pelakon
  • Muzik Latar

 

Menakjubkan. Menonton filem ni membuatkan anda rasa ingin ber-boxing seketika (Hantu Wayang, 2011). Pada saya, filem ini membuatkan anda terasa manisnya sebuah kemenangan (sweet victory gitu).. yang biasanya kita dapat lihat dalam filem2 Van Damme saja. Plus, anda dapat lihat sebuah robot hebat yang boleh menari macam Justin Bieber dan bergaduh macam Wolverine…haha…..jadi, memang terbaekk la Real Steel….oh ye, kalo tengok 3D pun berbaloi tau cite ni…sebab graphic die best…

 

Pelakon : Hugh Jackman (Charlie Kenton), Dakota Goyo (Max), Olga Fonda (Farra Lemkova), Karl Yune (Tak Mashido)

Sinopsis :

Tinju robot sangat popular pada masa depan kerana penonton mahukan lebih aksi dan keganasan. Robot-robot ini dibeli dan dipertaruhkan di gelanggang baik official mahupun underground. Ia perlu dikawal menggunakan remote or ape2 device oleh tuannya dari luar gelanggang.

Charlie, bekas peninju dan merupakan seorang loser dalam bidang tinju robot. Dia asyik kalah dan mempunyai banyak-banyak hutang. Walaupun merupakan seorang yang berbakat, tapi sifat dia yang suka bertaruh dan overconfident menyebahkan die kalah dan hilang arah tuju dalam kehidupan.

Tiba2 dapat berita yang anak die bernama Max (hasil dari hubungan seks bebas die 11 tahun lalu) sekarang telah kematian ibunya pun so xde sape nak jaga. Nak tak nak, Charlie terpaksa jaga budak ni. Apa yang tidak disangka ialah Max ni sangatlah menyerupai ciri2 baik-buruk Charlie..haha..

Akibat sesuatu peristiwa, Max telah menjumpai sebuah robot di timbunan sampah. Bakat Max terserlah disini apabila die telah alter robot tu (diberi nama Atom) hingga menjadi robot yang superb. Charlie yang lansung tidak menaruh harapan terhadap Atom tiba2 teruja apabila Atom berjaya memenangi beberapa pertarungan underground.

Namun, untuk memenangi Kejuaraan Dunia, Max perlukan Charlie untuk ajar robotnya bertinju, dan Charlie hanya bersetuju sekiranya Max boleh guide robot tu untuk menari rap sebelum persembahan!!!…ini supaya diorang dapat duit hasil persembahan tu…..menarik bukan?!!…so berjaya x Atom sampai ke peringkat tertinggi dan camne sebuah robot dari timbunan sampah boleh jadi terer?

 

Apa yang best filem ni?

Walaupun jalan cerita agak klise, iaitu loser – jumpe something – dan menang, tapi Tinju Robot adalah something new yang kita rasa nak tengok. Lagi best sebab robot ni boleh menari mengalahkan Muhammad Ali dan Oscar de la Hoya dan bertarung hasil tunjuk ajar seorang Wolverine!!..haha

Sebenarnya mesej tersirat dalam filem ini ialah budak2 muda sekarang lebih pandai handle technology dari orang tua. Dan orang tua (Charlie) dalam cerita ini asyik kondem Max (budak muda) ni based on pengalaman Charlie. Sehinggalah rupanya Max ni sangatlah boleh menyumbang ke arah kehidupan Charlie hingga menjadi superb. Sangat related to issue umur kerajaan bersara 60 tahun kan?..haha…

 Graphic yang best hingga kalau anda tengok 3D, mungkin tercampak anda punya popcorn atau tertumbuk makcik kat kerusi depan…haha..

Muzik latar yang rancak dan menaikkan hormone ekcited…haha.. Ok, umum tau kalau event cam wrestling ke boxing ke, muzik latar die kan memang cool gile…so, cite ni juga x ketinggalan kerana pemilihan muzik background die yang cool dan rasa ingin melompat.

Jalan cerita juga macam xmalas sebab setiap perlawanan yang Atom menang tu ada cerita dia yang tersendiri. Memang combination yang mantap dari Atom-Charlie-Max…

 Seperti citer Hollywood yang lain, detail diorang sangat bagus hingga pelakon tambahan dia pun memang memainkan peranan yang menarik. Seorang teman cakap kan bagus kalau pelakon tambahan Libas sebaik pelakon tambahan Real Steel, sebab situasi dia lebih kurang sama iaitu perlawanan underground…ops, bukan nak compare eh, tapi katanya kan filem kita nak jadi global, katanya..

 Tiada aksi ghairah, bogel atau ranjang sebagai tarikan untuk filem ni, so selamat untuk anda bawak remaja-remaja yang berumur 13tahun ke atas….cume ada aksi cium molot selama 7 saat dalam cite ni yang anda perlu tutup mata mereka..haha..

 Dan yang paling saya nak highlight kat sini, ialah Dakota Goyo (Max) sangat best dalam filem ini!!! Dia mempunyai mimik muka yang best dan tak tau kenape, tapi dia sangat pandai berlakon dan bercakap. Entah kelas lakonan mana yang dia follow tapi lakonan dia memang seronok ditonton.

 

Apa yang xbest filem ni?

Mula2 cerita time die nak tunjuk zaman kejatuhan Charlie tu die cam slow sikit, mungkin anda akan rasa mengantuk….start best cite ni lepas diorang semua jumpa Atom..

 Seperti mana-mana cerita fighting/team bola atau yang berkonsepkan pertandingan, anda mesti tau yang hero mesti menang…so tu cam kurang syok sikit….tapi camne Atom boleh menang, tu yang orang nak tengok…hoho..

 Ok la, so kami kat Kakiwayang.com sangat la recommend filem ini untuk anda tonton….terbaek kot!!!..

 Sekian, hingga berjumpa lagi di review seterusnya…chow!!!!

12 Comments

  1. eh, lupe nak tules…meh la share2 comment korang kat sini…hihi..

  2. wah cerita ni memang best lynn dah tengok dengan tunang hari khamis itu hari. MANTAP satu panggung bising bersorak..hehe ;)

  3. memang filem ini saya nantikan!
    tak sabar nak menontonnya…

  4. Awesome n jarang rse tsentuh bile tgk cite robot cmni..bkn stakat hiburan smate2 tp ade mesej..rse nk tgk ulang2 kali..hehehehe

  5. Bru tgk semalam.. Best & terbaek.. Rase cam robot tuh ade ati and perasaan.. Ngantuk pon trus segar..

  6. baru2 ni i dah le tengok cerita ni memang best gila rugi la kalau u old tak tengok…

  7. masa mula2 tunang ajak tgk cite robot ni….dlm hati da merungut da….tp senyap jela nk jaga hati punya pasal…tp xsia2 la…mmg best r…baloi gile tgk ritu….kalu org ajak tgk lg skali pon sggup kot…cume starting dy cm slow skit la…tp mmg terbaik la….

  8. layari http://bestonlineshoppe.blogspot.com for details..tudung terhangat dipakai oleh rianti cartwrught dalam filem munajah cinta kini dijual di malaysia..dapatkan sekarang…email me or sms me 0173192914

  9. bertih jagung,,,atom x menang2 r,,,last2 zeus yg menang,,,tp budak tu naik ats pentas tu & ckp,,atom tetap menang di hati kita smua,,,=D xde la cliche sgt,,,sbb atom kalah,,tp mcm mane dia bangkit dr duk timbunan sampah ke champion tu,.,,terbaekkk=D

    • hehe…time tules review ni ramai tak tengok lagi…so saje nak bagi suspen…kalau tau result Atom-Zeus nanti kurang sikit suspen time game last tu…hehe…

  10. Hohoho.. Cerita ni pun best jugak. 3x tengok kat wayang disebabkan teman kawan punye pasal. Yang ke3 tu tengok sambil tertido.. pertama kali tengok memang teruja habis la, lagi-lagi waktu dia lawan ngan zeus tu. Pandai pengarah buat kita rasa macam kita ada kat situ.. haha.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Choose a Rating

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>