KakiWayang.com

Sesuatu Yang Tertinggal – Sara Ali sangat cun dan Filem ini tidak seram..

Author
  • Jalan Cerita
  • Idea
  • Pelakon
  • Seram
  • Hantu

Sesuatu Yang Tertinggal – Sara Ali sangat cun dan Filem ini tidak seram..

Filem Sesuatu Yang Tertinggal ada idea yang baik tapi memang cam ada sesuatu yang tertinggal untuk filem ini dikategorikan sebagai filem yang baik. Permulaan yang baik dan promising di awal cerita tapi makin lama makin kelakar hingga hujungnya. Siapa tak seram kalau nak bercerita tentang sekumpulan anak yatim yang diganggu hantu or orang dirasuk akibat terjumpa cermin? Apapun, kegagalan idea untuk diterjemah dengan baik menyebabkan filem ini gagal menandingi filem berkonsepkan rasuk seperti Chermin sebaliknya menjadi sesuatu yang penonton gelak seperti Hantu Bonceng…wahaha…

Papehal, jom layan sinopsis dulu :

Mengisahkan sekumpulan anak yatim yang melalui pengalaman menyeramkan apabila mereka berpindah ke rumah baru (sebuah banglo yang lama ditinggalkan). Mereka terjumpa sebuah cermin klasik yang ekceli disorokkan di bawah lantai rumah. Rupanya cermin tu adalah cermin yang berhantu, lantas awek hot Mona (Sara Ali) telah dirasuk dan berperangai aneh.

Betapa seramnye hantu ini, Mona yang telah dirasuk mengganas dengan membunuh ketua pengawas yang sering mengurat dan mengenakan beliau. Selain itu hantu ini juga sangat serius dan beliau membunuh musuh Mona di sekolah yang sering  memperlekehkan beliau.

Amacam ganas tak ini hantu serta misinya? Untuk merasakan lebih feel, sila tonton Sesuatu Yang Tertinggal…hoho..

Sesuatu Yang Tertinggal – Sara Ali sangat cun dan Filem ini tidak seram..

Pelakon : Sara Ali, Zahiril Adzim, Shera Ayub, Ainur Syakina Azman, Daniel El Arash

Apa yang best filem ni?

Satu yang pasti, Sara Ali cam sangat la cun dalam filem ni. Since banyak fokus kat dia, maka penonton mesti cam kagum dengan bentuk muka dia dan kecantikan beliau (eh, kenape cam Tyra Banks pulak saya ni).

Begitu juga dengan pelakon lain. Zahiril & Shera memang kita tahu diorang cam sweet2 je kalau berlakon. Pastu Namron dengan budak2 tu pun semua memang takde yang menyakitkan hati untuk ditonton . Bersahaja dan berkesan, tak macam pelakon-pelakon sampingan dalam Papa I Love You (wah selamberk)..haha

Sesuatu Yang Tertinggal – Sara Ali sangat cun dan Filem ini tidak seram..

Babak paling syok pada saya ialah ketika Zakiah nak tinggalkan bilik tu, tetibe dia perasan Mona dah terapung. Pastu Shera pun cepat2 nak pegi bilik lain sebab nak lari. Then Mona pun tanya something like,’Kamu nak pergi bilik lain sebab dah mengantuk ke sebab kamu dah tahu (yang aku hantu)? ‘.. pergh, seram jua beb.

Oh ye, nak puji balik, Zahiril dalam filem ni memang kelakar…terhibur betul tengok dia. Then lagi satu kualiti gambar filem-filem Grand Brilliance ni pun macam biasa la, best dan nampak ada kualiti untuk digelar filem di situ.

Sesuatu Yang Tertinggal – Sara Ali sangat cun dan Filem ini tidak seram..

Apa yang tak best filem ini?

Dengar saja filem hantu orang dah muak, timing keluar filem yang kurang baik, lagi-lagi lepas ni dihidangkan pulak Sumpahan Kum Kum dan Keramat, kan ke cam boring. Walaupun, saya personally tak suka filem hantu, tapi masa review filem Al-Hijab tu cam best plak. Rasanya kalau filem hantu ni better bagi dekat Pierre Andre je la kot.

Filem ini namanya filem hantu dan durasinya 1 jam 30 minit, tapi anda perlu tunggu 45 minit sebelum hantu yang pertama keluar..haha…permulaan cite ni cam best, tapi cam berape lama daa nak tunggu hantu keluar.

Sesuatu Yang Tertinggal – Sara Ali sangat cun dan Filem ini tidak seram..

Penceritaan ke arah nak jadi hantu tu menarik, tapi lepas hantu tu muncul jadi cam kelakar. Ini kerana misi hantu ni tak jelas. Takde hantu yang muncul kerana nak bunuh ketua pengawas dan rakan sekolah, sungguh tak berat mission hantu ni untuk muncul dalam filem ni. At first saya ingat ni hantu yang terperangkap dalam cermin rumah ke? Or Sara tu sendiri berhantu akibat krisis keluarga ke? Or sebab budak2 tu main Spirit of the Coin?…last2 bila hantu keluar sikit pun dia tak tuntut benda2 tu.

Lagi satu, cermin mana satukah yang berhantu itu? Cermin yang collect bawah lantai rumah ke? Cermin yang diorang angkat time nak bunuh hantu ke? Or Cermin almari yang dihantar ke stor last2 tak jadi apa tu?. Melihat cerita ni, nampak cam cermin collect bawah lantai rumah tu yang bersalah, tapi bila nak perangkap balik hantu ni, diorang tak guna pun cermin tu..

Yeah, solusi kepada masalah hantu ni lagi cool, just letak cermin yang ada dari mana tah, takyah baca apa2 pun, lantas hantu ni automatic terserap masuk. Dah tu selama ni kat rumah tu berape kali plak Mona menghadap cermin2 yang ada, tak terserap pun. Secara kelakarnya, maybe cermin itu milik Datin Maimun, the ghostbusters, beli kat Mekah….wahaha….

Sesuatu Yang Tertinggal – Sara Ali sangat cun dan Filem ini tidak seram..

Ada satu scene tu Pak Said cuba menghalang hantu ni, tapi jadi kelakar sebab dia angkat budak tu dan campak keluar rumah then tutup pintu. Apa kau tengah halau kucing ke ape? Time ni memang satu panggung tergelak mengenangkan kekreatifan Pak Said dalam membina karier sebagai penghalau hantu. Perkara tak logik juga terjadi kepada dua orang mangsa hantu ni di mana seorang meletup sampai tinggal cebisan sebab kene kejutan elektrik (LOL!)…dan sorang lagi cedera melampau2 yang tak logik dengan pelanggaran kereta sebegitu. Oh ye, bapak Mona ni mati pun tak logik sebab eksiden camtu tapi cedera teruk baban…dah la tak langgar sape2?…haih, malas betul diorang ni eh…

Apapun, saya keluar dari panggung dengan satu perasaan yang kecewa kerana filem ini sepatutnya sudah mempunyai idea yang best tapi sayang perkembangan jalan cerita tu bercelaru. Filem ni buat saya ketawa meskipun bukan filem komedi, dan ia juga tidak menyeramkan hingga ke satu tahap yang layak digelar filem seram terbaik.

Bagaimanapun, benda yang best dari filem ni ialah kelakarnya Zahiril-Shera dan juga super-cun Sara Ali. Dah la muda lagi, ingat lepas ni kalau Sara Ali berlakon filem pape lagi, nak pergi tengok la, meskipun dia tidak se-daring Rozita Che Wan or Neelofa….wahaha..

Ha, korang dah tengok lum filem ni? Meh share2 comment…hehe…..lepas comment tu, jemput la singgah n join contest kami di sini untuk dapat 2 tiket wayang percuma ke ape2 cite pun…cambest je kan…wahaha…

 

p/s : Kakiwayang.com cam xde account Churp-churp lagi…tak reti guna kot….ingatkan lolipop…haha

7 Comments

  1. tak bes takmo tgk

  2. nak tengok la coz kata sara ali sgt cun. nak tgk gak..

    • haha..yeah…baru tau yang jadi budak cun bermasalah dalam Nur Kasih The Movie tu juga adalah Sara Ali…. dia cam pandai buat muka emo tapi still cun (sumber rujukan : America Next Top Model)..wahaha…

  3. hahah. me too. banyak gelak je dalam wayang. :)

  4. wow banyak betul movie malay skrg ni..tak dan nak gi tenguk kat pawagam

  5. org kate filem ni best… nk jgk tengok…

  6. Hai. Saya ambil sedikit content post ni untuk diletakkan di dalam blog saya. kredit diberi.

    http://movie.ar4style.com/movie/download-sesuatu-yang-tertinggal-mediafire/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


1 + = 9

Choose a Rating

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>