KakiWayang.com

8 Jam : Kisah Banduan Akhir Psiko

Author
Users
  • Jalan Cerita
  • Pelakon
  • Aksi

8 Jam : Kisah Banduan Akhir Psiko

Review filem 8 Jam. Kisah seorang lelaki banduan akhir yang agak psiko bernama Alang. Beliau telah membunuh, dan perkara ini tidak diduga oleh makwenya iaitu Julia. Mungkinkah pasangan juga korang psiko? Mana korang tahu kan….Hehe…

Filem ni dia punya iklan main kat panggung punya la lama, tapi tak keluar2…maybe sebab Ahmad Idham dan David Teo gaduh ke? Aha, memandai je kan.

Apapun filem ni dilakonkan dengan bagusnya oleh Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan ramai lagi pelakon-pelakon tambahan MIG. Nak tahu lebih lanjut tentang filem ni? Jom baca review filem 8 Jam di Kakiwayang.com

 

Sinopsis :

Permulaan cerita adalah Alang, seorang banduan akhir yang tinggal 8 jam sebelum dia digantung sampai mati atas kesalahan membunuh. Di 8 jam terakhir beliau, beliau menceritakan kepada pegawai polis yang jaga beliau (Eizlan Yusoff) kenapa dia membunuh.

8 Jam : Kisah Banduan Akhir Psiko

Maka ianya jadi ala2 flashback cam Slumdog Millionaire. Alang, seorang anak penjual buah di pasar telah kehilangan ibu dan bapanya. Dia menjadi liar. Dihantar ke rumah anak yatim, dia bercinta dengan Julia. Namun keindahan itu tidak lama, Alang kemudian kembali ke pasar di kawasan ibunya di bunuh.

Apakah yang jadi kat Julia? Camne dengan Alang yang dendam kat Along2 itu? Dan kenapa Alang sanggup membunuh ? Tu semua akan terjawab bila anda tonton 8 jam nanti

 

Apa yang best filem ni?

Kalau korang tengok trailer, mesti korang rasa nak tengok aksi2 tu kan. Ye, aksi ala2 Ong Bak tu adalah menarik dan tidak lagi dilihat di mana2 filem Malaysia lain hatta Jiwa Taiko, KL Gangster mahupun Papa I Love You. Syok woo.

8 Jam : Kisah Banduan Akhir Psiko

 

Lakonan Yana dan Sam juga sangat bagus. Tapi paling suka Sam bila dia wat mimik2 muka sebagai banduan akhir tu, gempak kot, real. Pastu bila dia kene tarik ke tali gantung. Ish, memang best la Sam tu..rasa cam dia boleh menang anugerah pelakon terbaik la guna watak Alang ni.

Then, walaupun jalan cerita agak predictable, tapi the idea of menceritakan kisah ni ala2 Slumdog Millionaire flashback semua tu menjadikan cerita itu menarik dan seronok ditonton. Good job.

 

Apa yang kureng filem ni?

Meskipun filem yang baik dan berbaloi duit tiket 10hennget. Tapi ada beberapa masalah yang menjadi tanda tanya seperti :

1. Kenape Alang cam hebat gile berlawan, ala2 Ong Bak sedangkan dia tidak pernah berlatih n dilatih di mana2..siap masa potong jari boleh belasah semua orang.

2. Begitu juga dengan peragut tu, sangat superb kot dia melarikan diri. Ingat peragut ni mat2 dadah je, sekali yang badan tough ada duit pegi gym pun meragut juga. Siap join parkour lagi tu leh lompat2 yang sangat susah itu.

8 Jam : Kisah Banduan Akhir Psiko

 

3. Alang sangat bengang sebab geng2 Along menggatal nak si Julia. Dia lantas membelasah orang2 itu pastu lari selamatkan diri. Kenapa xbawak Julia tu? Kalau saya jadi geng2 Along tu takdenya nak kejar Alang, baik saya culik Julia pastu biar Alang datang port kita. Apa la…..ni mesti sebab nak sangat babak aksi tu kan pastu nak libatkan Julia cam leceh.

4. Mak Alang mati sebab ??? kene tampar dengan Along je?? Fine…wat2 la terhantuk ke ape..ni tampor gitu je…

 

Benda2 simple camni la sebenarnya kacau sikit ke-best-an filem ni…sila repair perkara2 seperti ini supaya nampak filem itu lebih logik dan jangan wat penonton biasa cam pelik kenape jadi gitu, gini sebagainya.

8 Jam : Kisah Banduan Akhir Psiko

Kesimpulannya, meskipun ada beberapa foul, filem ini still OK dan berbaloi ditengok. Paling syok sebab Sam dan Aksi2 OngBak tu. Mungkin filem ini akan tercalon antara filem2 terbaik Malaysia tahun ni. Bukan sebab dia bagus sangat, tp sebab filem lain lagi hancur..wahaha….

Please, kenape KL Gangster xkeluar tahun ni?? Takkan nak Adnan Sempit 2 pegang rekod kot..

 

Sekian, hingga berjumpa lagi…chowww!!!!.,,,sapa nak comment pasal filem ni dialu-alukan..yeahh

5 Comments

  1. 2.5 stars ja paling tinggi patot bagi..
    too much marketing..
    bnyk scene yg x logik dan x relevan..
    even tajuk ngan tagline pon x significant..

  2. btol la .. KL GANGSTER 2 kuar thun dpan ..citer ni ok la. sam mmg superb n boleh tercalon plakon terbaik .. tpi untuk pengarah terbaek, sorry la ahmad idham.. thun ni syaymsyul susof mnang lagi dgan bohsia 2 ataupn adik dia syafiq , filem SAM mcam gempak je.

  3. Aku baru tengok semalam citer ni dekat Alamanda. Layan.. Paling suka watak lelaki anime tu. – yang pakai snoopy cap lawan dengan Sam. Hahaha muka anime habis. Cool dan kuat.

  4. terbaik cite ni.
    memang best. dah tengok semalam.
    tapi kalau cantikkan lagi jalan ceritanya, mesti lagi best.
    apa2 pun , memang terbaik . bestt ;)

  5. citer dye kjap2 sangkot…wa pon xpham la….tp yg paling wa suke bab tomoi2 tuh…..memang terbaekkkk…..owg thailand memang best r….sekampong nan wa…..hahahaha…..but…untuk roll flem nih…emang ok lah untuk ditonton…xdewlah terok cgt….hehehe

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


7 − 3 =

Choose a Rating

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>