KakiWayang.com

Battleship : Kapal perang alien

Author
Users
  • Aksi
  • Jalan Cerita
  • Pelakon

Hoho, tak sampai seminggu dari kitorang buat review Titanic 3D, muncul satu lagi filem baru yang lebih awesome. Bayangkan kapal titanic yang korang tengok minggu lepas, tapi lengkap dengan senjata semua. Ada juga babak kapal nak karam macam Titanic, then anak kapal hero berlari ke hujung dan lompat. Di sini, perbezaannya adalah kapal tersebut adalah kapal perang, bukannya kapal mewah yang karam.

Filem ini diarahkan oleh Peter Berg, yang telah menghasilkan filem Hancock. Diapdatasikan daripada permainan board Hasbro iaitu Battleship sendiri. Rasanya korang masa kecik-kecik mesti pernah main permainan battleship ni. Ala, yang pasang-pasang kapal pastu main tembak-tembak teka koordinate dan korang dapat bom kapal kawan korang. Kalau lupa jugak, cuba tengok gambar kat bawah ni. Ingat tak?

Sinopsis Filem :

Bertempat di kepulauan Hawaiian, sebuah latihan laut bersama beberapa negara di dunia telah dilakukan untuk mendapatkan kerjasama serta mempereratkan hubungan di antara negara. Di antara yang turut serta adalah NAVY dari US, dan juga negara Jepun.

Lt. Alex Hopper (lakonan Taylor Kitsch) yang telah ditugaskan kepada kapal perang USS John Paul Jones adalah adik kepada Stone Hopper (lakonan Alexander Skarsgard), Stone Hopper adalah commanding officer kepada kapal USS Sampson. Alex Hopper telah jatuh hati kepada Samantha Shane (lakonan Brooklyn Decker) yang juga merupakan anak kepada Vice Admiral Shane (lakonan Liam Neeson).

Pada awal cerita, ada disebut bagaimana alien telah dihubungi dengan adanya alat perhubungan dan satelit yang dipancarkan dari sebuah pulau. NASA telah membuat kesimpulan bahawa adanya sebuah planet yang sama jarak seperti matahari dan bumi, yakni adanya hidupan di sana yang boleh kita kenali. Pancaran satelit itu telah dipancarkan setiap 17 jam dan menunggu maklum balas alien tersebut.

Hinggalah pada satu keadaan, 5 kapal angkasa alien telah mendarat laju ke arah tempat latihan budak-budak NAVY itu tadi. Sedar-sedar Alex Hopper dah ada dalam lingkungan kapal angkasa alien tu, dan perlu memimpin kapalnya untuk selamatkan dunia.

Apa yang best?

Dah semestinya kesan grafiknya sememang terbaik! Dari awal hinggalah ke akhir filem ini, korang akan dihujani dengan debaran dan penuh aksi dari kedua-dua pihak. Aksi ketenteraan laut yang ditunjukkan dan koordinasi yang baik dalam filem ini oleh sebuah kapal perang US. Boleh dikatakan keterujaan amatlah tinggi, tambah-tambah bila dipertengahan filem ini, kapal hero Alex Hopper perlu one-on-one dengan kapal canggih milik alien.

Jika korang bukan peminat filem tentera/navy pun, korang mesti minat filem yang ala-ala transformers kan? Yup, tak dinafikan bila filem ini sedang ditonton, terpikir banyak scene dan karaktor alien yang menyerupai filem Transformers yang terakhir tu. Cara kapal angkasa alien yang tersasar satu dan melanggar bangunan, lepas tu ada benda bulat yang berpusing macam destroyer dalam transformers. Sampai satu tahap, patutnya alien dah boleh menang terus dah korang rasa sebab diorang amatlah kuat dan canggih.

Barisan pelakon tidak menghampakan, dengan adanya watak hero yang kadang-kadang buat kerja gila dan tidak pandai memimpin di awal cerita. Seterusnya, ada beberapa watak yang menjadikan filem ini kelakar, seperti watak Ordy (lakonan Jesse Plemons) yang banyak bercakap dan tidak yakin pada diri sendiri. Selain itu, ditampilkan Rihanna sebagai Petty Officer (GM2) Cora Raikes, yang mana beliau adalah pengendali senjata dalam kapal USS John Paul Jones. Mantap tak awek pegang senjata?

Apabila kapal mereka telah dimusnahkan selepas menentang kapal alien ketiga, tiba masa untuk mereka bersama dengan para veteran dalam sebuah kapal lama. Banyak lawak ditampilkan pada babak ini, dan seronok juga menonton ahli veteran ini bersama-sama ingin berjuang dengan team hero kita ni. Cuma, part bawak kapal lama nih pengarah terlebih seronok menjadikan kapal tu macam di luar biasa kuatnya. Apabila sauh kapal ini diturunkan untuk membelok, tetiba teringat scene dalam Pirates of the Carribean. Haha.

Apa yang tak best?

Filem ni ada jugak kekurangannya, di sebalik watak yang tidak banyak di-develop oleh pengarah dan juga kadangkala dilihat seperti tidak banyak dialog yang bagus, satu kelemahan besar adalah pada alien tu sendiri. Yup, alien nih boleh dikatakan ber-teknologi tinggi bila korang tengok sahaja kapal mereka yang serba canggih siap boleh terbang-terbang lagi dan senjata plak memang sangat dasyat. Tapi, kapal-kapal alien nih macam lembab dan tak settle habis je semua kapal dalam lingkungan mereka masa tiba. Dah la, siap ada tanda hijau dan merah untuk mereka bunuh atau tidak, so problem jugak alien nih kurang cerdik jadinya.

Yang tak best lagi, awek tak berapa nak cun! Hahaha. =P

Kesimpulannya, filem ini sangatlah berbaloi untuk ditonton di panggung wayang. Korang layankan saja kesan khas grafiknya dan jalan cerita yang sangat menarik. Ada beberapa part yang perlu tutup mata, dan jangan tengok lama-lama ok. Kami berikan 4.5/5 bintang untuk filem ni. Terbaik dari ladang! Titanic mode perang!!

4 Comments

  1. time ada masa lapang, insya allah nak pergi tengok cerita ni.saya memang suka action movie…

  2. haha.~ kelakar la review tu. dah tgok jugak cerita ni, mmg gempak. btw, best sbb bole tgok kapal drift, bukan senang.

  3. best wooo

  4. teringat cerita predator.. kalau sesorang atau something tak bagi ancaman, dia tak bunuh atau serang… okay gak laa overall… serius teruja nak tau macam mana jadi.. macam mana hopper punya plan nak bunuh alien sumer.. giler laaa

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Choose a Rating

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>