KakiWayang.com

Berani Punya Budak : Filem Gelak Kelakar Habis tanpa Motif

Users

Berani Punya Budak : Filem Gelak Kelakar Habis tanpa Motif

 

Okeh, kali ni kami review sebuah filem karya Afdlin Shauki iaitu Berani Punya Budak, filem ni bakal ditayangkan pada 26 April 2012. Antara pelakon filem ni ialah Afdlin Shauki, Mike B, Johan, Adlin Aman Ramli, Awie dan pelbagai lagi. Filem ni ialah diterbitkan hasil kerjasama Ismail Holdings (first time wat filem) dan juga VisionWorks iaitu syarikat Afdlin sendiri.

 

Terima kasih yang tidak terhingga kepada blogger Bro Framestone sebab sudi pas tiket free kat kami masa tayangan awal filem neh…tenkiuk bro!!..korang visit2 lah blog beliau sebab beliau selalu tolong blogger2 yang baru cam kami neh…

 

Yeah, cam skema plak..k, kalau nak tengok trailer klik sini, kalau malas, jom baca sinopsis ringkas di bawah :

 

Tong dan adik iparnya, Pairot tinggal di Thailand. Tong adalah orang Malaysia kawin dengan orang Thailand tapi bini dah meninggal lantas dia jaga Pairot, orang Thailand yang baru kuar penjara tapi hatinya baiikk.

 

Berani Punya Budak : Filem Gelak Kelakar Habis tanpa Motif

 

Punya la malang manusia bernama Tong ni, beliau diculik oleh gangster dan Pairot dipaksa untuk merompak bank. Pairot berjaya namun gangster tersebut tak puas hati lantas nak bunuh diorang berdua. Hebat tak hebat maka dua orang ni berjaya mengalahkan semua taiko2 gangster Thailand tu tanpa segan silu dan tanpa bantuan polis yang bersusah payah selama bertahun2 menumpaskan sindiket tersebut..hoho..

 

 

 

Review Kakiwayang.com :

 

Satu yang anda perlu tahu, Berani punya Budak ialah  filem alih suara (dalam omputeh dipanggil dubbing).. bukan sekadar alih bahasa tapi dialog dia jauh terpesong..rasanya ni semua idea Afdlin…kalau nak gambaran sebenar, tonton video di bawah..hee..ni dari segmen alih suara dalam Spontan Season 1…

 

Yeah, kelakar bukan, bila orang berlakon serius tapi dialog mengarut2. Tak dinafikan ramai gile yang tergelak2 cam orang gila bila tonton filem ni. Afdlin and the Gang tahu sajalah memang kelakar nak2 dalam Super Spontan cakap main lepas je, so filem ni memang kelakar. Rasanya jauh lagi kelakar dari Adnan Sempit.

 

Part yang kami paling minat adalah babak ‘Kopi Janda’, babak Nabil, babak Pengurus Bank cuba dirogol dengan babak Gangster tak reti membaca… tergelak2..hoho…Ada orang kata tengok trailer pun dah kelakar gileee…

 

Berani Punya Budak : Filem Gelak Kelakar Habis tanpa Motif

 

Tapi berbalik kepada ini ialah sebuah filem, memang ramai yang mempertikaikan jalan cerita dia dan betapa mengarutnya filem ni. Saya ada tonton kat TV yang Afdlin kata, kalau tak silap, dia saja nak wat filem ni fun2, otak kosong, memang dia ‘jahanam’kan filem ni supaya orang gelak2..

Tatau nak sindir David Teo, Prof Razak ke ape, yelah, asyik orang lain wat filem fun2 ringan2, dia pun nak merasa wat filem camtu gak…..em by the way, hati lega sikit bila dapat tau yang akan ada filem Papadom 2 dihasilkan..i loiikkkeee…

 

So, jalan cerita memang jauh terpesong, kenapa dalam ramai2 tu Tong jugak yang dipilih oleh sindiket Gangster tu…kenapa pilih Tong dan Pairot pun xtau, lain la kalau diorang ni bekas gangster ke, memang pakar perompak cam Contraband ke ape kan..

Juga harap kalau filem ada babak lawan2 neh, terangkan la sikit kenapa tetibe diorang sangat terer bertarung. Pairot katanya bekas banduan dan penah gaduh, tapi hebat sangat ke sampai terpilih, pastu berjaya rompak bank sensorang, lawan semua orang dan lawan semua gangster yang ramai2 tu..

 

Berani Punya Budak : Filem Gelak Kelakar Habis tanpa Motif

At least cam Ong Bak ke, Street Fighter ke, Kungfu Panda ke, even Batman pun ada la cite kenape diorang leh jadi terer sangat..ni dah cam filem tamil dah tengok…yang tak tahan Tong yang camtu pun leh kalahkan gangster omputih tanpa segan silu or nasib baik..

 

Pastu bila orang nak bunuh or tangkap, susah payah lari, then bila dah tau markas, masuk macam nak pergi pusat tuisyen je, …fikir2 apa yang menghalang gangster tu direct je bunuh at first moment diorang masuk markas gangster tu sebab dari awal memang diorang nak bunuh terus kan..

 

Babak bergasak dan bergaduh tu tau la cuba nak ditonjolkan, tapi rasanya sangat lama diorang bergaduh sampai boleh tertido…kalau orang Malaysia yang wat skil2 tu ghairah gak nak tengok, tapi ni orang Thailand yang melompat2 bagai, benda tu biasa,  so rasa boring sikit… ni yang rasa nak tunggu filem 8 Jam neh..haha..

 

Pairot tu camne dia hidup lepas kene tembak tu pun tatau camne, takde cite pun, pastu awal2 tu rasa kekok sikit sebab yang time rompak bank tu Pairot rupanya call orang lain, bukan Tong, tapi sebab Afdlin yang jadi alih suara, pastu cam semua watak alih suara pun dia bolot, maka saya cam keliru…rupanya2 tu watak lain yang dilakonkan oleh Afdlin….ape da….bagi can orang lain…hehe.. even penculik Afdlin pun pakai suara Afdlin..haha

 

Berani Punya Budak : Filem Gelak Kelakar Habis tanpa Motif

 

Kesimpulannya, filem ni wat kami dalam dilema betul samada nak suggest kat anda untuk tengok ke tak..haha… sebab ia sangat kelakar, tapi jalan cerita cam agak menyakitkan hati untuk ditonton…

 

Mungkin filem ni sesuai untuk yang jenis nak hilang tension, gelak2, happy2…hee…

 

Last2, kami cakap, kalau anda minat Spontan/Super Spontan, maka mungkin anda adalah orang yang sesuai untuk menonton filem ini…yeahhh…

So, bagi yang dah tengok, meh share comment anda tentang filem ni..yeahhhh..

 

 

 

8 Comments

  1. Boring sgt.. TLONG JGN BRCKAP DGN TRLALU LAJU DAN SBUTLAH DIALOG DGN SDIKIT SLOW.. bnyak part yg cam x pham apa nk disampaikan

  2. Sangat2 suka citer nih..Sesuai untuk ringankan kepala.. tak payah kusut2 pikir itu ini, cuba nk figure out jalan cerita.. just layan and rileks… pastu gelak2..I loikkke…

    • Mmg ssuai sgt utk ringankan kpala dlm panggung (tido) huhu..

  3. it would be better if adflin didn’t reveal about the dubbing thingy in the trailer. It would a real funny surprise if people only get to know about it once they enter the cinema or through the first burst from the media about the movie.

  4. pada saya, cerita ni ok tp slacknyer pada bahagian dubbing, (semua di bolot afdlin), dan tak ada ‘cerita’ dalam movie ni!!
    saya amat suka cerita papadom afdlin. tapi, bila tgk cerita ni, saya rasa tak best dah.
    and kalau boleh jangalah guna bahasa ‘bodoh’, bahlul’ jahannam’ & sewaktu dengannyer.. sgt tak berbudi bahasa

  5. Hm.. kalau tak sebab aku dapat tiket free, aku rasa aku takkan tgk kot cerita ni. ikutkan jalan crita dah best, dgn aksi lawan & gaduh2 yang mantap..

    cuma bila alih bahasa tu byk sangat guna suara afdlin, buatkan citer ni mcm…..”dowh!”

    kdg2 jadi keliru pun ada.

  6. oh peeelllliissss..first thing yg terdetik dalam otak adalah rasa cam pelakon2 tuh suma diperbodohkan/dipermainkan..dorg berlakon serius bagai sampai ada keluar air mata, gaduh2, lawan2, jatuh bangunan..tp dialog nk menghanjing lak..sorry to say..pada sy agak rugi la…sy tertarik nk tgk at first pon sebab kat trailer ada scene nabil yg “mmg aku bawak korang untuk makan aiskrim”..uper2 nyer stakat satu scene yg last..aisehhh..kecewa menunggu dari awal cerita..sedeyyy~

  7. idea afdlin ok…tapi sekiranya dia jemput nabil..zizan…harith…khir…ebby yus dan ramai2 lagi artis untuk dubbing baru best…ini dia bolot semua…tu yg filem ni jadi kembang semamngkukukkkkkk

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


1 + 7 =

Choose a Rating

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>