KakiWayang.com

Bohsia 2 : Jalan Kembali – Kisah Keting Menjerit-jerit

Author
Users
  • Jalan Cerita
  • Aksi dan Kamera
  • Pelakon
  • Pengajaran

 

Hoh, bingit betul telinga lepas keluar dari panggung, ni semua gara2 menonton Bohsia 2 : Jalan Kembali. Filem gangster yang entah ke berapa kali ntah kat Malaysia ni. Namun satu dialog yang terngiang2 di otak ialah ‘kami semua dah jauh, Tuhan nak terima ke orang macam kami ni’…hoh..sentapnye..

Best ke idak filem ni? Best ke idak filem ni? Ayuh ikuti review Kakiwayang.com..

 

Sinopsis :

Masih lagi berkisar tentang Muz, Amy dan Tasha. Muz masih lagi seorang bohjan/rempit, kali ni lebih cemerlang hasil gandingan dengan Ejan (lakonan Zizan) dan berjaya meraih banyak kemenangan. Tasha, kini telah berpasangan dengan Keting. Keting merupakan agenda utama dalam filem ni. Keting macam sangat jahat dan adalah watak antagonis utama dalam filem ini.

Amy pula telah insaf. Beliau kini di Rumah Pengasih. Tapi di Rumah Pengasih tu juga Amy ada masalahnya tersendiri lantaran pertelingkahan dengan Nenek Rock. Apakah yang terjadi pada kehidupan Tasha, Muz dan Amy, nak tau silalah tonton Bohsia 2 : Jalan Kembali.

 

Apa yang best filem ni?

Kalau nak kata filem pasal Gangster dan segala masalah sosial rempit2 bohsia ni, filem ni menjalankan tugasnya dengan baik. Benda ni  memanglah menghidupkan watak dan suasana dengan baik. Produksinya pun rajin wat kajian apa style2 cakap rempit/bohsia. In term of menghidupkan suasana dan mood rempit/bohsia tu, memang wajar dipuji.

Pelakonnya pun hebat2. Shamsul Yusof, Salina Saibi dan Nabila Huda sememangnya kita tahu pelakon berkualiti. Tapi yang paling gempak dalam filem ni tentulah Sofi Jikan..memang dia boleh menang Pelakon Pembantu Terbaik sekali lagi. Memang gangster gile uh…

Zizan dilihat sebagai alat untuk menambah satu elemen dalam filem ni. Ya,strategi yang baik untuk tarik mereka yang minat bende2 kelakar. Zizan memang menjadi dan menarik. Membantu menceriakan filem ni yang dilihat kalau takde dia, mungkin fo;e, akan jadi terlalu gelap.

 

Pengajaran juga disampaikan dengan bagus. Saya banyak gak tengok filem2 gangster lain yang sangat berunsur gelap, tapi takde la pengajaran dia sentap sangat. Busuk2 pun Farid Kamil mati orang nangis2. Yang kali ni memang sentap, satu time Keting depan masjid tu, dan part ending dia.. diiringi lagi dengan background doa taubat tu memang terasa cam nak nangis pun ada…lagi2 kalau diri ini banyak dosa.

 

Apa yang tak best filem ni?

Filem ni sangat gangster. Klasifikasi 13tahun ke atas tapi sebenarnya pada pendapat saya lebih sesuai untuk 18 thun ke atas je. Filem2 macam ni kalau budak2 tengok memang sure dia akan tiru nye. Ye, pengajaran memang diorang amek, tapi yang jahat2 stylo tu pun mereka akan tiru. Ini disahkan oleh kawan saya seorang kaunselor skolah.

Generally filem ni kemas dan tak cincai, cuma satu yang tak paham bilamana lepas Mus rampas Tasha dari  Keting, diorang rilek je borak2 tepi bus stop. Sedangkan logik memang diorang sepatutnya lari jauh or bersembunyi dulu, kan dah mess dengan Keting.haiyo.

Dan paling saya saiko lagi trauma, babak Amy kene rodok tu. Bayangkan penonton2 pompuan gangster wannabe tengok tu. Mesti diorang ada cenderung untuk tiru kalau ada musuh. Huish, tu la saya cakap, patut untuk 18 tahun ke atas, so diorang diconsider bijak sikit untuk menilai. Cuak betul la kalau budak2 separuh matang tengok filem ni.

 

Kesimpulannya, filem ni berbaloi untuk ditonton, kalau anda minat genre ini. Tak banyak kelemahan dan tak cincai. Bagi yang meminati filem gangster/gelap/social, jangan terlepas menonton filem ni ok. Nak banding filem2 Malaysia lain yang menyedihkan, filem ni Kakiwayang.com boleh bagi 4/5 bintang..yeah…. special thanks tu pelakon2 dia yang stailoooo…

 

5 Comments

  1. kakiwayang..tq dtg..

  2. Melayu. Huhuhu. Filem yang mengandungi unsur seram dan ganas sepatutnya untuk 18 dan ke atas sahaja. Dan aku setuju dengan pendapat ko. :)

  3. ok la film ni biasa2 saja. utk tahun 2011-2012, syamsul patut bg something lebih segar. mcm yg aku review kat blog, scene keting dgn pak imam je bg kesan. still film ni bukan sampah mcm beberapa film melayu yg tajuk pun maigod

  4. bosan :( untuk budak sekolah rendah aje filem ni..budak baru nak meningkat naik..

  5. Sgt setuju filem yg ganas,gengster amat smpi nenek pn
    belasah org,malah dialog2 mus,tasha & keting tu kompem
    akan direpeat kat skolah2,especially budak2 gengster wannabe.

    tp suka tgk watak nenek rock,menjadi la acik pegang watak tu.
    wpun org lain focus kat nabila huda,shamsul & salina.
    tp saya nak calon nenek rock as supporting actress 2012,hehe.
    sgt rasa nak tujah2 dahi nenek ni,geram bangat &
    menyampah amat sbb tak sedar diri wpun dah tua.
    terpk mmg ptt la bdk2 muda hancuss klu ada org tua
    cani dpn mata jd role model,hehe.
    punyala idup watak dia.

    tp tak puas hati penjaga kat rumah pengasih tu tak masok
    campor dorang gaduh2…tak logik pn ada.kata tpt
    pemulihan,tp where’s the in-charge???korang kumpul
    org2 yg bermasalah ramai2 dan biar camtu,cane dorang
    nak pulih?huhu.setakat warning cam buat kat budak skolah,
    budak skolah pn dah tak takut le cik.huhu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Choose a Rating

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>