Filem aksi superhero bermotorsikal ni sememangnya cool, lebih2 lagi kalau dah teruja tengok Ghost Rider yang 1st dulu. Apa yang boleh dikatakan, Ghost Rider kali ini tidaklah menghancurkan reputasi filem Ghost Rider yang dulu cuma kali ini ada lebih emosi dan sebagaimana Ghost Rider 1st dulu, filem ni sememangnya tak terlalu padat dengan aksi compare to filem superhero yang lain. Saya boleh katakan, walaupun bukanlah antara filem yang terbaik/superb tapi duit tiket rm10 yang kita bayar sememangnya berbaloi-baloi woo..
Sinopsis:
Johnny Blaze kali ini merantau jauh dari tempat asalnya kerana dia sudah tak boleh nak kawal Ghost Rider dalam dirinya, takut cederakan orang. Namun begitu, beliau terjumpa satu masalah baru dimana Roarke (setan yang tipu dia dulu) juga telah menipu seorang wanita untuk mengandungkan ‘anak’ Roarke.
Anak Roarke dalam tubuh budak 13 tahun bernama Danny kini sedang diburu Roarke supaya melancarkan misinya (nanti tengok korang paham le). Dan abang Ghost Rider kita kini dengan bergayanya cuba menghalang Roarke dan menyelamatkan Danny. Berjayakah beliau? Tapi pe jadi kalau kuasa dia tiba-tiba hilang? Moh kita saksikan Ghost Rider 2…oooyeahh!!
Apa yang best filem ni?
Ok, apa yang saya suka pasal Ghost Rider ni dia adalah unik sebab ini antara filem dimana hero tu tak suka kuasa super dia. Dia tak boleh nak control kuasa dia, dia bencikan kuasa dia dan sentiasa berusaha nak hapuskan kuasa dia. Dan lagi satu ialah dia dapat kuasa dari orang jahat dan dia gunakan untuk menentang orang jahat tu balik.
Agak menarik bila dia dah berjaya hapuskan kuasa dia, tetibe time tu dia perlukan pulak kuasa tu untuk survive. So jalan cerita dan idea sebegini agak seronok untuk ditonton dan buat otak berjalan. Oh ye, time klimaks tu memang cool.
Cerita2 yang ustazah saya cite masa sekolah dulu pun banyak diselitkan dalam filem ini, which is good. Satu, jangan sesekali buat deal dengan syaitan , kalau tak, sampai 2 filem pun xhabis lagi mudarat dia…hehe… Kedua, syaitan akan datang time kita hampir mati / sangat derita dan menawarkan satu deal yang lumayan, time tu kita biasa terlupa nasihat pertama tadi.
Ketiga, syaitan ni xla hebat sangat kat muka bumi ni, dia xkan sukses unless ada manusia untuk diperdaya /diperalatkan. So, sebab tu dia selalu wat deal agar tercapai cita2 dia. Amacam, best tak mesej dia? Tak sangka filem omputih camni mesej dia sangat cool.
Aksi superhero menaiki motor sememangnya cool selepas Gaban dan Undertaker. Kalau motor kita tetibe boleh tukar jadi berapi gitu kan..syok woo… Then, kalau Thor ajar anda untuk bergaduh guna hammer, Ghost Rider ajar anda untuk bergaduh guna rantai plak..haha, well, pedang n pistol cam dah terlalu mainstream…
Apa yang kureng filem ni?
Well, kalau tak tengok Ghost Rider yang 1st dulu, mungkin akan sedikit blur untuk memahami jalan cerita. So, better tengok.
Kedua, kali ni cam ada emosi2 sikit, so kalau yang minat filem aksi tu maybe time scene2 emosi tu leh makan pop-corn dulu..hoho..time dekat kuil tu, time atas lori, cam oh cepat sikit leh tak borak2…haha… dah la orang jahat tak ramai dalam filem neh…si reput tu je..
Ending cite ni dicapai sebab budak 13tahun tu memberontak je or ada kesedaran dalaman. Well, saya cadangkan baik la instead of 13 tahun, buat dia 18 tahun ke, baru ngam sikit dengan semangat rebel dan permainan emosi tu, 13 tahun cam terlalu muda.
Ha, ok, the end…So harap2 review kami ni dapatlah memberi anda gambaran tentang filem Ghost Rider neh, seperti yang saya katakan di awal-awal tadi, filem ni sememangnya berbaloi untuk ditonton di wayang. Rasa filem aksi kalau tengok kat CD memang xbrape feel uh…so pe lagi, sila pergi menonton Ghost Rider ye…hehe…
Nota : teringin nak tengok This Means War, cam cool kot trailer dia…












