Tau tak apa perasaan kalau kita buat lawak tapi tak jadi or orang tak gelak lansung. Huh, itulah lebih kurang kalau nak cite pasal filem ni. Diorang nak buat kelakar tapi malangnya ia tidak kelakar seperti Adnan Sempit, sebaliknya ia jadi cam Alamak Toyol yang terkinja-kinja.
Hoh, baru saja lately puji2 filem Kum Kum dan Adnan Sempit, tapi sampai je turn Hantu Dalam Botol Kicap, sorry la beb, tak mampu nak puji. Even terpikir camne ni leh jadi movie, rasa cam telemovie yang VCD tu je..huhu…okeh, pape jom baca review dulu :
Sinopsis :
Kisah tiga beradik yang dihantar ke rumah nenek mereka sementara parent g Paris selama seminggu. Kampung tersebut rupanya banyak hantu. Then, nenek mereka pula merupakan ghost buster yang tidak bersusah payah. Selain mereka asyik bergaduh sesame mereka dan ada cubaan untuk lari ke KL yang tidak menjadi, Epui secara bodohnya telah membuka satu botol kicap yang ada hantu dalam tu.
Tapi takpe, tu dapat diatasi. Tapi dia secara bodohnya lagi sekali g lepaskan hantu itu. Maka nak dijadikan klimaks, kali ni xdapat diatasi pula. Maka berjayakah nenek mereka serta mereka bertiga mengatasi Hantu Dalam Botol Kicap itu? Sila-silalah korang saksikan eh…
Review Kakiwayang.com :
Idea tu simple/ringan , tapi terlalu simple dan ringan pun xboleh juga, lainlah kalau Adnan Sempit tu ada banyak punchline yang menarik dan kita ketawa, tapi ni cam xberape la. Memanglah ringan tapi ko bayangkan orang yang dah keluarkan rm10++ beli tiket?.
Expectation Angah yang kelakar, tapi watak dia cam xbanyak pun, kalau watak banyak tu, bek ko amek mana2 pelakon gemok je jerit2 gitu. So, ko nak harapkan sapa yang kelakar dalam filem neh? Zalif ke? Oh please….*facepalm…
Kepada Zalif yang berlakon jadi adik bongsu tu.. gemok dan terkinja-kinja tidak semestinya menjadikan benda itu kelakar. Biasanya orang gemok memang kelakar tapi anda tidak or maybe belum lagi. Sila belajar ngan Angah Rajalawak yang tampak bersahaja tapi amat kelakar.
Wawa Zainal tidak dinafikan memang cun. Makanya dia digunakan oleh produksi untuk menarik perhatian jantan2 yang menonton filem ini. Too obvious. Epi pulak taktau kenapa dia ingat orang suka keletah dia yang tersengih2 tu.
Watak bomoh paling pemalas dialognya. Agaknya leceh kot nak wat skrip jampi2 last2 pakai perkataan zas-zas-zas je. Takde rasa mistik lansung. Yelah, dah berape banyak filem Malaysia ni yang ada scene puja2 or bomoh2..sila kira…hehe..
Dari segi jalan cerita, awal2, dalam perjalanan nampak cam rumah nenek belah ayah, sampai nenek acu senapang baru tau tu rumah nenek belah maknye.Then, nenek suruh penuhkan 2 botol air tapi time balik nampak sangat kosongnya. Bukan susah sangat pun kan…ingat orang xperasan ke..
Sukar diteka umur watak budak bertiga neh. Saiz besar2, pakaian cam remaja tapi kadar kebodohan cam sangat teruk. Pandai lagi aq tengok budak2 dalam Tentang Bulan. Boleh dikatakan banyak adegan wujud kerana kebodohan mereka yang tidak logik. Thought kalau orang bandar biasanya cam berlagak cool tp janggal, ni sengal2 je tengok. Sapa2 tolong bagitau umur diorang brape? Huhu…
So, basically jalan cerita simple dan tak kelakar. Siap ada babak leh bertumbuk2 dengan hantu, then hantu siap leh masak dan makan daging manusia lagi, pastu kaki hantu siap jejak tanah menari2…oh, double facepalm….Perasaan dia sama la dengan tengok Alamak Toyol.
Kesimpulannya, lu pikir la sendiri…wahaha…hingga berjumpa lagi di next review. Sapa dah tengok? Mai share comment, selamatkan duit tiket…hoho..















lawak ke tak,nak gelak ke tak,kadang2 tak faham dengan cerita melayu n
komen yg pedas..huhu
the sun daily recently posted..Reflection Writing 1 | Example Reflection Essasy For PPISMP Student
Ni la salah satu filem SAMPAH!
Mejuez recently posted..Video Final Juara Raja Lawak 6 Shiro – 2012
hehe…yeah…bazir je tengok kat wayang…
BertihJagung recently posted..John Carter : Banyak sangat bayangan Star Wars?