
Orait, cerita ni lambat sedikit nak review. Walaupun namanya Mysterious Island, namun takde la misteri sangat. Kekuatan filem adalah pada barisan pelakon yang mantap seperti The Rock Dwayne Johnson, Vanessa Hudgens, danJosh Hutcherson. Pengarahnya ialah Brad Peyton, dan terbitan New Line Cinema.

Sinopsis Filem
Pengembaraan ini mengisahkan Sean Anderson (lakonan Josh Hutcherson) dan bapa tirinya Hank Parsons telah menyelesaikan sebuah code yang diberikan. Mereka telah mencantumkan beberapa helaian daripada buku Treasure Island, Gulliver’s Travels, dan Verne’s Mysterious Island. Sean mengesyaki datuknya yang telah lama hilang yang telah memberikan klue code tersebut.
Mereka pun pergi ke pulau tersebut dengan bantuan helicopter Gabato (lakonan Luis Guzmán) dan anak perempuannya Kailani (lakonan Vanessa Hudgens). Sean telah jatuh cinta pada kali pertama bertemu Kailani. Seterusnya banyak aksi-aksi misteri mereka di pulau tersebut dalam usaha untuk mencari datuknya itu.

Best ke filem ni?
Bagi pendapat kami yang jujur, filem ni biasa-biasa sahaja. Kalau korang nak tunggu download pun takde hal. Memang seperti yang kami katakan tadi kekuatannya hanya pada barisan pelakon, mungkin peminat The Rock dan Vanessa Hudgens je yang berduyun-duyun pergi tengok filem ni. Best jugak tengokVanessa Hudgens berlakon. Terbaek (gaya atok Boboiboy).!!
Awalan filem macam slow sedikit, dan kalau lambat tangkap mesti blur2 sedikit macam kawan HantuWayang sorang dulu. Buang la logik2 akal, sebab filem ni satu filem fantasy. Yang misterinya ialah haiwan yang besar jadi kecik dalam pulau tersebut. Dan seranggan dan burung jadi besar gile siap boleh tunggang lagi. Yup, diorang naik helicopter dan terbabas pas masuk dalam puting beliung.
Apa yang bosan? Pas atok si Sean ni muncul, gaya filem dah macam tengok filem Tomb Raider plak. Tetiba muncul kota peninggalan di tengah-tengah pulau. Argh, bosan woo sampai abes.. Jalan cerita secara keseluruhan macam korang tengok filem “Jurassic Park,” “Avatar” dan “Land of the Lost” yang telah diambil sedikit-sedikit part dan dijadikan sebuah filem baru. Erkk..
ps: Serius jiwa kacau tengok The Rock nye scene xde gaduh2. Hahaha.









review filem chronicle….
oh, CM boleh tekan link neh.. http://www.kakiwayang.com/filem-2012/chronicle-kisah-superhero-yang-hilang-arah-tuju.html ..aha..kami juga ada ruang untuk search filem kat ruang iklan untuk memudahkan pencarian anda…=)..
BertihJagung recently posted..Pengiklanan di KakiWayang.com