Agak excited nak tgk filem ni sebab memang dah follow dari awal dan selalunya memang tak pernah mengecewakan. Alex, Marty, Gloria dan Melman masih lagi meneruskan pengembaraan mereka di luar dunia zoo. Sequel yg lepas – Madagascar Escape 2 Africa, flight mereka telah terhempas di Africa dan terjumpa dengan parents Alex yg terpisah dari kecil. Jadi apa yang kecoh sgt dalam Madagascar 3 ni? Jom cek cek cekidaut.
Sinopsis
Empat sekawan ni rupanya2 telahpun di ‘abandon’ oleh King of Julien, Maurice, Monkeys dan Penguins di Afrika. Seperti sedia maklum (maklum lah sangat), selain manusia, penguin adalah antara spesis yg boleh memandu walau kapal terbang, keretapi, kereta, jet pejuang dan sebagainya. haha. So Alex, Marty, Gloria dan Melman telah tertipu bila penguin ni bawak semua harta2 karun ke Monte Carlo dan tak kembali semula pun ke Afrika. Kenkonon penguin nak gi beli Airbus supaya mereka dapat pulang semula ke New York. Tapi tunggu punya tunggu takde pun.
Untuk melempiaskan kemarahan kepada penguin2, mereka berempat pun berenang, ulang suara, berenang ke Europe. Disinilah mereka semua mula diburu oleh Capitaine Chantel DuBois dari French animal control, yang dah lama megimpikan kepala singa untuk dibuat perhiasan! Jadi bagaimana pula mereka dapat berjumpa dengan sekumpulan binatang dari circus tu? Jom zassss ke cinema!
Ulasan
Selain daripada watak-watak tetap dalam Madagascar yang memang kite tau sgt la menghiburkan, Madagascar 3 banyak menampilkan watak-watak baru yang nyata menarik. Antaranya Capitaine DuBois dan konco-konco nya yang memag sebenarnya tak logik tp memang tengok diorang boleh gelak yg dasat. Capitaine DuBois ni kononnya ada kelebihan boleh menjejak binatang menggunakan deria bau dan rasa. Tapi ada gak scene yg korang mcm euwww pompuan nehh..haha.
Di circus pulak ada Vitaly the tiger, Gia si harimau bintang, Stefano singa laut dan beruang Sonya. Madagascar team boleh terjebak dengan dunia circus ni sebab terdesak semasa melarikan diri dari Dubois. Jadi tak pasal-pasal la memasing buat act yang baru untuk membuktikan yang mereka ni dari background circus jugak. Dalam filem ni tak banyak sgt guna lagu Move It yang layan tu so ada lagu baru yg agak best juga.
Scene semasa di circus memang layan sebab mcm biasa la die guna skill warna-warna lampu neon. Kata kartun kan so fokus lebih kepada kanak-kanak. Efek dan grafik memang seperti biasa superb. Tapi dalam banyak-banyak karektor rasanya paling suka penguins. Selalu je layan The Penguin of Madagascar kat Nickelodeon. Hahaha. Tapi senanye kalau nak compare dengan Madagascar: Escape 2 Africa tu memang lagi best. Filem kali ni macam kureng sikit. Maybe sebab Europe ni tabest kot? haha. Cuba wat kat Mesia pulak ke. booo! =p
So kesimpulannya berbaloi-baloi tgk filem ni. Yang nak release tesnion tu and rasa nak gi bungee jumping agak merabakkan poket, boleh try tgk filem ni (apekah?). And sesuai sgt la sekarang ni cuti sekolah. Boleh bawak 1 family tgk movie. Tapi Madagascar ni memang ramai follower yang adult juga. Layan dulu gambar2 kat bawah. Ciow!
















Kalau ada link download lagi setai. Hehehehe. Joke only. :p