KakiWayang.com

Mael Lambong : Filem Tangkap Muat Lagi…

Users

Mengisahkan Mael Lambong lakonan Zizan Razak, seorang penarik kereta professional di Kuala Lumpur. Di sebalik ke-gangsteran Mael Lambong, rupanya tersimpan satu sejarah masa lampau, kisah cintanya dengan Rozie. Mael Lambong merajuk dek pinangannya ditolak oleh ibu Rozie. Alasan ibu Rozie adalah kerana keluarga Mael Lambong tidak setaraf kedudukan dengannya.

Dengan semangat jitu Mael ke Kuala Lumpur demi membuktikan bahawa dia boleh menjadi orang yang lebih berguna. Sewaktu sedang asyik meng- aim kereta untuk ditarik, tiba- tiba Maria (lakonan Juliana Evans) menerjah masuk ke kereta Mael dan menyuruh Mael membawanya keluar dari KL. Jadi kemanakah lokasi mereka yang seterusnya?

Ulasan
Tarikan filem ni semestinya adalah Zizan sendiri. Kami menonton di pawagam yang besar dan agak penuh sampai ke depan uolls. Lawak terkinja-kinja Zizan tu memang berkesan. Ditambah lagi dengan ke-cun-an Juliana Evan sebagai perisik kerajaan (whatever..). Lagipun watak ‘Mael Lambung’ ni memang dah femes sejak Maharaja lawak Mega lagi. Cuma Johan je tak dimasukkan mungkin sebab taknak nampak cliche sgt ade Jozan setiap masa. Ataupun cut cost. haha.

Filem ni macam ada nak tiru MIB sikit2. Tapi setting dekat “Agensi perisik” tu tak berapa gempak. Macam kat kilang tepung. Ok kejam. Ada dalam satu scene, Shuib dan *** berlakon sebagai penjenayah yang menyoal siasat Zizan, pakai suit hitam bajet MIB dan ada jugak alat “penyembur” ala2 neutralizer dalam MIB. Ala buatlah device bentuk mcm lain nye punnn. Adegan tumbuk-menumbuk antara Zizan dan Juliana Evan pula ada unsur kurang sesuai untuk penonton bawah umur. Motip? Tak dapat dikenal pasti.

 

Jalan cerita pulak byk yang dragging/ lembab seperti kura-kura. Buat gue nak tidur secara serta- merta.  Filem ni lebih menekankan lawak si Zizan daripada jalan cerita yang menarik dan mantap. Kalau nak buat cerita lawak gini, jual jela kat Astro Warna pun cukup. Pengarah sekarang ni berebut-rebut sangat nak cepat kaya. Setahun nak produce banyak2 filem tp kalau kualiti macam ni apa yang kita nak banggakan. We want quality, not quantity. Tengok Bohsia 2 pun lagi berbaloi-baloi. Sekian.

 

 

 

 

9 Comments

  1. tengok tu duduk ke atau di lambung2kan?hehe

  2. baik tengok kat tenet je. -___-

  3. tak berbaloi bayar RM 14. baik duit tu guna untuk makan.

  4. Sapa Nak Download Movie Ni Sila la Ke Sini

    http://zyandashand.blogspot.com/2012/07/mael-lambung-2012-dvdrip-mkv-rmvb-avi.html

    SHARING IS CARING!!

  5. mcam malas je nak gi wayang tgok… O.o”

  6. Klau tahun lpas kiter ade film Hntu bonceng sbgai fielm haprak 2011
    Thun ni pulak kiter ade Meal Lmbong sbgai filem haprak 2012 ..
    tp xheran pn psal pengarah dia ahmd dham …

    aduh baek aku smpan duit untuk spiderman n batman lh lagi bgus ..

  7. memang tak best pun cite ni..

  8. masih menunggu pengarah filem membuat filem yang laind ari yang lain..yang gempak dan tak macam kat kilang tepung..contoh..mission impossible,ocean,batman,spiderman,,etc

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Choose a Rating

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>