KakiWayang.com

Man Sewel Datang KL : Anda rindukan lawak kumpulan Sepah??

Author
  • Shuib Sepah
  • Lawak
  • Jalan Cerita
  • Gambar
  • Best

Man Sewel Datang KL : Anda rindukan lawak kumpulan Sepah??

Bawalah aa-aa-ku pergi…tengok trailer memang rasa cambest. Lagi2 kalau anda ada rasa rindu pada Juara Maharaja Lawak, Kumpulan Sepah. Tapi kali ni bukan mereka bertiga, tapi Shuib yang ditonjolkan sebagai watak utama dan dibantu juga oleh Mamat Sepah.

Yeah,  anda tak salah, dalam filem inilah Mamat berkenan dengan Fida Ibrahim yang sememangnya cunnnnn dan seterusnya menimbulkan lebih banyak kontroversi.

Jom ikuti review kami tentang filem ni. Tenkiu Bro Framestone yang sudi pas tiket free kepada saya ke tayangan perdana filem ini.

Eh, papehal sapa lum like fanpage Kakiwayang.com, klik sini bagi mengikuti blog ni dengan lebih mudah..hehe..

 

Man Sewel Datang KL : Anda rindukan lawak kumpulan Sepah??

Sinopsis :

Man, anak tauke ladang Kelapa Sawit yang kaya raya tapi duduk di kampung sangat teringin nak ke Kuala Lumpur. Suatu hari dia didatangi oleh Salim, kawan lama dari kampung yang sama telah berhijrah ke KL dulu. Salim menjadi sangat bergaya.

Salim mengajak Man ke KL dan mencuba kehidupan di KL. Man yang selama ni bekerja di ladang segera menerima tawaran tersebut. Di KL, pelbagai peristiwa kelakar dan menarik dialami oleh Man dan itulah pengisian yang dibawah sepanjang filem ni.

So kelakar x apa yang dialami oleh Man di KL? Nak tau meh tengok Man Sewel Datang KL…=)

 

Man Sewel Datang KL : Anda rindukan lawak kumpulan Sepah??

Apa yang best filem ni?

Lawak ala2 Kumpulan Sepah yang amat dirinduiiii. Walaupun bukan tiga2 ada tapi at least ada Shuib dengan Mamat memang menghiburkan. Shuib selaku watak utama menjalankan tugasnya dengan baik. This movie memang pasal Shuib dan gaya2nya. Watak tu kene la ngan dia.

Rafidah Ibrahim sangat lawa versi gadis sopan (rugi la anda Mamat) dan Julia Ziegler sangat cantik versi seksi mendedahkan kulit putih melepak.

Kalau orang tanya saya kelakar atau tidak, saya akan cakap kelakar uh..banyak punchline2 yang menarik yang mampu membuatkan kita tergelak. Kalau tiket tu RM9, rasa berbaloi uh. Mungkin paling kelakar adalah adegan ketika Shuib cuba mendapatkan duit lebih. Tengok cite ni nanti anda paham.

 

Man Sewel Datang KL : Anda rindukan lawak kumpulan Sepah??

 

Penampilan kumpulan May juga seronok ditonton, dan tak nampak cam over-expose sangat. Rilek2 tapi cool gak.

So, jalan cerita agak klise tapi dipenuhi dengan punchline2 yang kelakar dan agak seronok ditonton uh…tp atleast jalan cerita dia takde cacat sangat dan xde yang sakit hati sangat uh…haha…. get what I mean?..=)

 

Apa yang kureng filem ni?

Kualiti gambar memang agak kureng uh. Sorry to say..agak kureng untuk sebuah filem tahun 2010-2012. Cam zaman Sembilu…tp xpe la memikirkan ini filem pertama arahan syarikat penerbit.

Rasanya banyak babak dipotong yang menggangu fokus dan kegigihan tengah tengok wayang. Samada ditapis atau babak tu sendiri dilihat agak ‘meloncat’, sedikit foul di situ.

Filem ni kelakar dan menarik time Shuib datang KL dan macam2 tu, but after babak Shuib cari duit lebih, dia start to going down and down down down…bila dah part serius2 tu..

 

Man Sewel Datang KL : Anda rindukan lawak kumpulan Sepah??

 

Babak Zaibo, Shuib dan Tauke Kedai tu tahap sekadar dah dirompak pastu semangat gile nak menewaskan sindiket dilihat terlalu over. Yang  ramai gile kene rompak takde plak camtu dan polis dah lama buru, tapi mestilah ko senang lenang je jumpa markas tu tanpa struggle sangat.

Juga garu kepala bila Shuib kebetulan jumpa assistant Fida tu keje kat KL, dan awek tu terus bagi surat. Macam la dia tau dia memang akan jumpa Shuib kan. Pompuan tu bukan cari Shuib pun. Memang tahap,’ eh terjumpa abang kat KL dan ni memang ada surat untuk abang’.

Dan bagi remaja/belia, surat adalah pelik tatkala orang sekarang ada henpon. Watak Fida tu sendiri sering berbalas sms dengan Shuib dan siap call2. So ape nak hantar surat dan melalui orang yang belum tentu jumpa Shuib plak tu. Aha,  filem zaman A.R Badul or Mat Sentul ke ni.

 

Man Sewel Datang KL : Anda rindukan lawak kumpulan Sepah??

Di akhir cerita, aksi tembak menembak kalau perhati betul2 diorang keluar rumah xde struggle sangat, cam keluar dari pusat tuisyen je, takpe la cite dah nak abes dah pun. Pastu ditembak tengah malam, pagi baru penjenayah tu disahkan mati dan mayat diangkut…wah, berape jam gap tu… tengah malam tu bukan 3pagi, Shuib tengah lepak2 warung lagi time tu.

 

Kesimpulan:

Dengarnya filem ni adalah filem pertama terbitan syarikat tersebut (berapa banyak syarikat baru da wat filem tahun ni). So harap kalau diorang baca review ni diorang leh perbaiki untuk filem2 seterusnya. Filem pertama ke, kedua ke, ke berapa ke, bukannya harga tiket beza2 , so apa yang foul tu tetap melekat di hati penonton dan harap xberulang.

 

Kakiwayang.com sarankan anda tengok la filem ni bagi menghiburkan hati yang lara dengan lawak2 yang agak mantap dalam filem ni. Lepas tu nilaikan sendiri dan share opinion anda di Kakiwayang.com… yeahh….

 

Man Sewel Datang KL : Anda rindukan lawak kumpulan Sepah??

 

One Comment

  1. tak tengok lagi…tak pasti nak tengok ker tak…hehe

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Choose a Rating

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>