KakiWayang.com

Mirror Mirror : Sisi lain cerita Snow White

“Magic mirror on the wall / Who is the fairest of them all?

Hoho, mesti semua orang tak lupa pada cerita Fairy Tale dulu kala ini, dimana Snow White bersama 7 orang kerdil, pastu telah memakan epal beracun tukang sihir. Then, ada seorang putera telah datang dan cium Snow White yang tidur selamanya. Dan kemudian mereka hidup bahagia ke akhirnya. Perghh, jiwang siot.

Ok, kat atas nih adalah cerita yang korang paham sejak kecik, namun untuk filem Mirror Mirror telah mengubah jalan cerita dan menjadikannya sebuah filem yang baru. Sebuah filem komedi fantasi arahan Tarsem Singhan dan dibintangi oleh Lily Collins, Julia Roberts, Armie Hammer, Nathan Lane, dan Sean Bean.

Mirror Mirror : Sisi lain cerita Snow White

 

Sinopsis :

Filem ini mengisahkan mengenai Snow White (lakonan Lily Collins) yang telah kehilangan maknya sejak lahir, dan dipelihara oleh bapanya seorang raja. Beliau telah menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang, dan telah berkahwin semasa Snow White masih kecil dengan Evil Queen (lakonan Julia Roberts). Pada suatu hari, raja telah keluar dan meninggalkan Snow White pisau kegemarannya, dan tidak lagi kembali ke istana.

Permaisuri jahat tersebut tidak mengambil berat tentang Snow White, dan bercadang untuk berkahwin lain untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya. Beliau telah mengadakan satu majlis tari menari untuk menarik perhatian putera tersebut. Namun, di majlis tersebut putera telah jatuh hati pada Snow White dan menari bersama.

Permaisuri telah berang dan menyuruh pembantunya bawa Snow White ke dalam hutan, dan membunuhnya. Apakah yang berlaku seterusnya? Bila pula 7 orang kenit nih keluar? Hehe.

Mirror Mirror : Sisi lain cerita Snow White

 

Komen KakiWayang.com

1. Satu kelainan yang ingin dibawa oleh pengarah dan penulis skrip filem ini. Agak klise jika membuat filem Snow White dulu kala tu, namun telah diubah dengan sedikit kelainan dan kelakar menjadikan filem ini agak seronok untuk ditonton. Namun, ada juga part yang bosan-bosan dan tema filem dulu kala, so paham-paham la mesti baju ala-ala zaman british kuno dulu, juga mesti ada bangunan lama dan hutan-hutan.

2. Dari segi pelakon, si Lily Collins nih memang pandai buat muka kesian-kesian jugak, menjadikan wataknya agak menarik. (Lily Collins nih tebalkan kening dalam watak Snow White, awek-kening, kah3). Watak Evil Queen lakonan Julia Roberts nampak tak berapa jahat la pulak, ke sebab Julia Roberts memang muka tak jahat? Seharusnya pelakon yang lebih nampak jahat leh menjadikan watak Evil Queen nih lebih gerun dan kejam. Siap gelak-gelak lagi Evil Queen nih.

3. Unsur komedi ada diselit-selitkan di antara beberapa part, menjadikan gelak-gelak yang happening semasa menonton. Ada ke patut Evil Queen pergi spa untuk mencantikkan muka dan badan nih pakai beberapa benda yang menarik. Nak tahu? Facial muka guna tahi burung (siap fresh lagi jatuh dari bo***t, tangan kiri masuk kat spa ikan tu, tangan kanan masuk kat cacing2, biar ular jalan atas badan, ulat2 menari2 atas badan, lebah sengat kat bibir. Mantap kan? Satu lagi part kelakar, bila Queen nih salah bagi ubat cinta kat prince, sepatutnya cinta sejati, namun tersalah ubat cinta anak anjing. So, prince pun jadi macam anak anjing.

4. Apa yang menarik juga, apabila 7 orang kenit nih dalam cerita Snow White yang asal hanyalah duk dalam hutan dan tidak ganggu orang kan? Namun, dalam filem Mirror Mirror diorang nih jenis bandit, merompak orang di dalam jalan hutan. Snow White sesat dan pengsan dalam hutan, diorang jumpa dan bawak balik rumah. Last2 jadi geng pula Snow White, siap belajar cara berlawan lagi dengan 7 dwarf ni. Comel jugak diorang guna kaki tinggi untuk merompak.

Mirror Mirror : Sisi lain cerita Snow White

5. Masuk part ada raksasa tu dah macam tak berapa best, rasa kalau raksasa tu takde dan hanyalah orang biasa je jadi penjahat lagi best, sebab grafik berlebihan pada raksasa menjadikannya tidak real. Ilmu hitam ni dikuasai oleh Evil Queen dalam usaha untuk membunuh Snow White dan juga 7 drawf tu tadi. Akhirnya, raksasa telah bertukar menjadi _________. Yeah!

6. Ada diselitkan juga sesi bagi epal di ending filem ni, kira ada la ala2 cerita fairy tale. Tapi snow white tak makan epal tu, sebaliknya bagi semula kat orang tua tu (ok nih nak reveal orang tua tu adalah evil queen tadi). Snow White telah cium prince sebelum tu untuk menjadikan prince sebagai manusia normal semula.

7. Penghujung filem ni ada lagu hindustan. Apa celop nih? Sampai Snow White pun menari2. Erk..

Kesimpulannya (perghhh ada kesimpulan tu), filem Snow White ni boleh ditonton bersama keluarga dan sebuah filem yang menarik untuk memberi satu gambaran lain kepada cerita Snow White yang asal. Apa-apa pun, hati-hati apabila korang makan epal merah ok!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Choose a Rating

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>