
Pengarah : Ridley Scott
Pelakon : Michael Fassbender, Charlize Theron dan Idris Elba
Sinopsis :
Filem ini mengisahkan tentang kru pesawat angkasa lepas yang mencari sebuah planet yang tersembunyi. Planet tersebut telah dilukis dalam bentuk peta oleh orang-orang purba dahulu kala. Yang menariknya nama filem Prometheus ini adalah nama kepada pesawat angkasa lepas tu.
Pada tahun 2089, satu pasangan arkeologi Elizabeth Shaw (lakonan Noomi Rapace) dan Charlie Holloway (lakonan Michael Fassbender) telah menemui peta tersebut. Dalam usaha mereka menrungkai rahsia peta tu, mereka akhirnya dapat berunding dan menumpang pesawat Prometheus dari Weyland Corporation.
Perjalanan mereka telah diperhatikan oleh David (lakonan Guy Pearce), seorang android. Pesawat Prometheus telah sampai ke planet tersebut pada tahun 2093. Ketua misi Meredith Vickers (lakonan Charlize Theron) telah memerintahkan mereka menjauhi apa-apa benda yang boleh menyebabkan mereka dalam bahaya. Namun, ekpedisi Shaw dan Holloway itu tadi telah menemui ‘rahsia’ kelahiran manusia.

Sesuatu yang lebih menakutkan telah muncul di sebalik rahsia tersebut. Apakah yang telah berlaku?
Ulasan KakiWayang.com :
Pertamanya, filem ini diarahkan oleh Ridley Scott. Nama beliau agak terkenal untuk filem-filem yang bersifat alien dan angkasa lepas. Apa yang menarik adalah, filem Prometheus seperti menceritakan asal usul Alien dari filem-filem alien yang telah beliau buat. Para peminat alien mungkin akan kecewa sedikit dengan filem ini, dimana filem-filem Alien yang lain mengambarkan alien dengan perwatakan dan bentuk fizikal yang sangat ganas. Tapi, dalam filem ni nampak lebih skema, sopan dan maskulin. Hahaha. Ok cukup gelakkan alien.
Korang tak kenal pun nama pelakon nih? Noomi Rapace adalah pelakon yang memegang watak wanita tukang tilik dalam filem Sherlock Holmes: A Game of Shadows. Lain-lain filemnya kurang popular. Logan Marshall-Green pun kurang popular di wayang, cuma beliau banyak berlakon siri TV seperti Dark Blue, Blue Blood, 24 dan Law & Order. Michael Fassbender pula kalau tak kenal memang masalah la, dia pegang watak Erik Lehnsherr atau Magneto dalam filem X-Men. Secara keseluruhan, lakonan mereka-mereka ni biasa sahaja dalam filem Prometheus, tiada yang menarik perhatian sangat.

Jalan cerita filem ini membosankan. Mungkin expectation tinggi kepada filem-filem alien selalunya sangat laju dan mendebarkan. Prometheus memberikan jalan cerita yang slow berbanding filem-filem alien lain. Dan yang kurang menariknya, apabila kecelaruan objektif dari awal hingga ke akhir filem ni. Di awalan, mereka adalah ahli arkeologi yang ingin mengetahui rahsia kejadian manusia, namun sehingga berjumpa dengan ‘rahsia’ tersebut, mereka seperti tidak tahu ingin buat apa. Setelah diserang oleh alien di suku ketiga filem ni, objektif hanyalah untuk menyelamatkan diri. Seterusnya di penghujung habis begitu sahaja tanpa alasan atau rumusan yang konkrit.
Pakaian pelakon yang mengambarkan tahun 2093 adalah sedikit out-dated dan kelihatan biasa sahaja. Kami gambarkan apabila masuk penghujung tahun 2093 setidaknya pakaian mereka perlu lebih futuristic. Alien seperti yang kita tahu sepatutnya tidak berpakaian la kan, atau kalau diorang dari jenis yang hi-tech mesti lagi gempak dari manusia yang datang ke sana. Dalam beberapa situasi digambarkan alien dalam bentuk hologram dan mempunyai teknologi yang maju.
Beberapa perkara yang perlu dijaga dalam filem ini. Terutamanya akidah, kerana filem ini sedikit sebanyak mempersoalkan mengenai ketuhanan dan asal usul penciptaan manusia. Jangan terpesong kerana manusia diciptakan dari tanah oleh Allah dan manusia pertama bernama Adam tinggal di dalam syurga bersama dengan Hawa yang diciptakan kemudian sebagai pasangan. Dalam filem ini juga, ada satu babak dimana Shaw telah mengandungkan anak alien dan membuat pembedahan manual menggunakan mesin di dalam pesawat angkasa mereka. Kami syorkan mereka yang lemah jantung atau cepat jijik dengan sesuatu agar tidak menonton filem ini. Seriusly banyak scene yang mengelikan.
Secara keseluruhan, filem ini hanya disyorkan kepada peminat filem alien sejati sahaja. Penonton lain rasanya akan bosan melihat jalan cerita yang lebih kepada bentuk ilmiah mengenai alien, dan tiada aksi hebat-hebat seperti filem Alien vs Predator. Sekian.

Alien sebelah kiri ke sebelah kanan yang korang lebih suka?











Penggemar aloen sejati mcm PF pun kurang gemar filem ini ;(
sangat suka lah style blog ni punya review….
like like…….
saya tak tgk semua wayang. so tak boleh nak review semua. huuuuu…
tp saya nk ucap thx sbb sudi singgah blog saya.
filem ni best la…mmng x byk aksi…ridley lbh menekan ke arah jln cite..sy enjoy sgt2 tgk movie ni..tp mmng btol…filem ni hnya utk fans ailen sje…kalu rog yg mmng x minat filem alien…kalu tgk cite ni..dh tentu downg x suka…filem ni menarik sgt2 bg sy…dan sy x sbr2 utk tnggu sequel utk prometheus…di akhr filem..kita di saksi kn alien baru yg di beri nama “Deacon” mbye aequel prometheus nanti ridley akn m’ceretikn segala2 nye hingga bagaimana terhasil nye facehungger n xenomorph..
Bagi saya filem ini adalah salah satu filem asing terbaik bahawa saya telah melihat tetapi aku masih tidak boleh membandingkan dengan pemangsa.Terima kasih untuk ulasan.Well, walaupun filem ini mempunyai penarafan rendah yang masih sebuah filem yang hebat.