KakiWayang.com

The Avengers: Tengok movie ni lagi cool daripada join Bersih 3.0

Author
Users
  • Pelakon
  • Jalan Cerita
  • Graphics/ Sound Effects
  • Overall

 

Ikon adiwira/superheroes Marvel yang awesome! Pandai Marvels yang memperkenalkan ikon mereka satu persatu dalam filem berasingan dan digabungkan semula dalam filem ni. Bak kata Stacy, bergabung meletup!

Sinopsis Filem:

Nick Fury (Samuel L Jackson) yang merupakan pengarah agensi keamanan antarabangsa, S.H.I.E.L.D telah mengumpulkan semua superheroes yang hebat untuk satu misi penting. The Tesseract, sebuah sumber tenaga telah dirampas oleh Loki. Loki yang mana kalau korang tengok filem Thor, dah kene campak ke gaung oleh Thor rupanya adalah hidup lagi. Loki yang perasan sgt God mahu menakluki bumi, telah merancang untuk melancarkan perang. Tesseract dijadikan medium untuk membawa angkatan tenteranya, Chitauri untuk masuk ke bumi. Pada awalnya semua superheroes agak tidak yakin dengan misi ini dan masing-masing enggan bekerjasama. Sehinggalah satu insiden ni berlaku barulah mereka sentap dan terus fokus untuk menyelamatkan dunia. Eceh, nak tahu lebih lanjut apa lagi beli la tiket. Memang tak rugi langsung RM14 korang tu.

Review KakiWayang.com

Duration filem ni adalah 2jam 30minit tapi tak terasa pun. Jalan cerita yang padat ditambah dengan aksi dan sound effect yang superb, tak teragak-agak nak bagi 4/5 stars! Filem ni lebih thrill daripada filem superheroes yang lain sebab dia gabungkan terus ramai-ramai dalam satu filem kot! Macam kalau tgk Spiderman ke Batman ke ada la jugak beberapa minit/jam yang korang akan bosan lantas menguap. Tapi filem ni takde langsung ok! Setiap mereka mempunyai karektor yang berbeza dan menarik.

Captain America sentiasa mementingkan plan dan sentiasa fokus. Beku sejak WW2, Captain America adalah sgt skema dengan uniform yang old fashion. Berbeza dengan Iron Man yang langsung tak serious dan ada sut besi yang cool. Thor ada tukul besi dan kuasa petir (well, kata God kan, mesti la tak logik sikit). Black Widow (Scarlett Johannson) selain hot, adalah sangat licik manakala Hawkeye sangat hebat dengan bow dia yag tak pernah habis arrow tu. Tapi rasanya favourite icon ialah Hulk. Sangat kuat tp rilek je. Dia smash si Loki tu mcm tengah buat roti canai je.

Kalau dalam Battleship ada kapal perang yang hebat, filem ni pun ada gigantic ship yang hebat gile dan boleh jadi halimunan. Grafik dengan sound effects dia wow! Kalaulah tgk 3D mesti lagi best. Antara filem wajib tonton. Yeahhh! Jom layan gambar2 bagi korang semangat nak g tgk. Trailer klik sini.

Robin  Scherbetsky of HIMYM! =D

11 Comments

  1. xleh blah tengok Robin dalam cite neh…serius kot… cam bila la Ted Mosby nak keluar..haha…=p..

    well : Favourite –> Hulk yang cool datang nek motor..

  2. sound system best
    scene lawan2 pun best
    ada time serius, ada suspen n ada lawak
    besh la..

    **tp personally, sy lebih suka captain america =)

  3. waaa…nak tengokkk

  4. saya baru nak menontonnye malam ni..harap2 best seperti yang di review…

  5. Suka suka suka…!

    Tapi Robin macam keras sket. First time blakon filem kot~

    I like Natasya Romanoff!

  6. tak setuju arrow hawkeye tak pernah habis. ada satu scene arrow dia habis. terpaksa ambil blk arrow dari mayat alien sebelum dia tukar mode arrow dia utk jadi pencangkuk tali.

  7. Filem ini telah menjadi kegemaran saya selepas saya melihat ia.Saya tidak sabar untuk pengarah bahawa dia / dia boleh membuat filem seperti keadilan liga.

  8. Scene Hulk banting Loki patut share kat sini. Hahaha. It is the funny moments in that film. :D

  9. memang berbaloi tgk..aku mmg minat iron man pasal dia nmpk rilek je tp sbnrnya dia amik serius..cuma xnk tunjuk gabra je..ada part die jd gabra siap mintak tolong lagi masa tersangkut kt kipas kapal tu..enjoy

  10. Filem punya panjang macam ni je review nya?

  11. Trailer Iron Man 3 dah klua! Nampak macam teruk kali ni Tony Stark kena. Siap masuk spital lagi. Rumah tepi lautnya pon hancus kena tembak. Collection armornya habis terbakar. Babak-babak last seolah-olah menunjukkan Tony Stark/Iron Man akan mati…

    Saksikan Official Trailer Ironman 3 (2 min 06 saat) di http://www.sinema.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Choose a Rating

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>