Salam buat semua pembaca kakiwayang.com. Hampir 2 bulan saya bercuti dari menulis review movie dari kakiwayang.com. So, kali ini, saya ingin berkongsi sedikit review crite This Means War yang baru ditayangkan diseluruh pawagam di Malaysia.
Mengisahkan 2 orang sahabat karib dan juga CIA agent FDR Foster (Chris Pine) dan Tuck Henson (Tom Hardy) yang telah dihantar ke Hong Kong bagi menangkap penjenayah antarabangsa bernama Heinrich (Til Schweiger) bagi memiliki senjata merbahaya yang mampu memusnahkan dunia secara keseluruhan. Pada mulanya segala yang berlaku mengikut apa yang dirancang akan tetapi pada akhirnya rahsia mereka terbongkar apabila mereka telah membocorkan rahsia kepada Heinrich bahawa CIA sedang memburunya.
Disebabkan kerja tugasan mereka berjalan seperti yang tidak dirancang dan demi menjaga keselamatan mereka berdua, mereka telah digantung tugas oleh pegawai atasan dan diarahkan untuk bertugas hanya didalam pejabat (bukan field task). FDR merupakan seorang kasanova dan kaki perempuan manakala Tuck merupakan seorang yang lebih gentleman, duda hot anak sorang. Ok, kedua2 mereka masih solo dan tidak memiliki steady girlfriend (maseh dalam usehe mencari).
Pada suatu hari, Tuck ternampak iklan mengenai pencarian jodoh secara maya. dari situ, beliau berkenalan dengan Lauren Scott (Reese Witherspoon). Lauren merupakan seorang yang sangat sayangkan kerjaya dan masih single. Beliau pernah meiliki teman lelaki akan tetapi putus disebabkan main kayu tiga. Kawan baek Lauren yang bertanggungjawab membuka akaun di akaun pencarian jodoh secara maya dan dari situ, Lauren berkenalan dengan Tuck.
Pada hari yang sama, Lauren berkenalan dengan FDR semasa berada di sebuah movie store. FDR telah mempelawa Lauren utntuk keluar makan malam bersama dan dari situ, FDR telah jatuh hati dengan Lauren. Akan tetapi kedua2 sahabat baek ini tidak mengetahui yang mereka sedang bercinta dengan gadis yang sama. (dah mcm cite Labu and Labi..hahah). Dan pada masa yang sama, Lauren juga tidak mengetahui bahawa FDR dan Tuck merupakan kawan baek.
Mereka sangat terkejut selepas berkongsi cerita dan gamba yang sama dan berjanji untuk tidak keluar dengan gadis berkenaan. Tpai sape nak tahan kalau dah awek tu cun, sah2 keluar secara senyap2. Lauren tak tahu yang rumah nya telah dilengkapi dengan kamera rahsia yang telah dipasang oelh FDR dan Tuck bagi memantau segale pergerakan yang brlaku didalam rumah. Pada masa yang sama, FDR dan Tuck telah membuat secret team yang berbeza bagi memantau segale pergerakan Lauren didalam dan di luar rumah.
Dari first kiss, hang out sampai lah make out. Lauren menjadi tidak menentu dan serba salah untuk memilih FDR atau Tuck sebagai teman hidup beliau. Banyak la insiden yang melucukan antara mereka berdua bagi memastikan salah seorang antara mereka kalah dan meyerah kalah. Bayangkan apabila 2 orang agent saling bergaduh secara aman bagi memenangi hati seorang wanita.
Pada akhirnya Lauren perlu memilih salah seorang dari mereka berdua sebagai teman hidup dan seorang lagi terpaksa dilupakan. Siapakah pilihan Lauren? Apakah yang berlaku kepada salah seorang dari mereka yang tidak berjaya memenangi hati Lauren? Apakah yang berlaku kepada penjahat tersebut? Semuanya kan terjawab sekiranya anda menonton
“THIS MEANS WAR”
Review:
1) Movie yang sangat ringan dari segi penceritaan dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Disebabkan cerita ini memiliki lawak yg sangat extreme, anda digalakan untuk BERTENANG.. hahaha
2) Lakonan Reese dari dulu smpi sekarang mmg tidak menghampekan terutama sekali untuk slot muke blur, muke toye dan sebagai nye..beliau sangat lawak.. watak kawan baek kepada Lauren itu sangat melucukan. Beliau mmg patut dapat anugerah “kawan paling sengal dalam sejarah”
3) Since tengok dengan girlfriend, so beliau tidak abes2 memuji mata Chris Pine yg sangat biru laut itu. ok, mata beliau mmg cantek.
4) Overall = Good Job and well done sebab dari awal smpi akhir, xde yang xgelak…









cuba pikir…cite ni idea dia sama je dengan Bujang Terlajak…tp apa yang membezakan kedua2 cite neh dan dapat sambutan berbeza? hehe…
BertihJagung recently posted..Adnan Sempit 2 : Yeah, lagi kelakar dari yang dulu
cerita besttt. rugi tak tgk,heheh. bagi lima bintang ah!