KakiWayang.com

Uncle Usin : Filem lawak sampah?

Author
Users
  • Barisan pelakon
  • Lawak
  • Jalan Cerita

Mukadimah sedikit sebelum korang mula membaca review kali ini : JANGAN BACA DENGAN NADA MARAH ATAU GERAM. Dan kalau boleh baca sambil senyum-senyum seorang diri dan dalam keadaan yang tenang. Tiada haiwan dicederakan semasa penulisan review ini.

Uncle Usin : Filem lawak sampah?

Nama Filem : Uncle Usin
Pengarah : Husri Husain
Genre : Komedi
Pelakon : Zizan, Johan, Nabil
Tarikh Tayangan : 19 April 2012

Sinopsis Filem :

Filem ini mengisahkan dua orang yang sama guru dikenali dengan nama 11 (lakonan Johan) dan juga 13 (lakonan zizan), telah membawa haluan masing-masing setelah guru mereka meninggal dunia. 11 telah disingkirkan dari kumpulan guru beliau dan membawa diri. 13 pula adalah murid kesayangan gurunya dan telah menimba ilmu, seterusnya setelah lima tahun, membuka sebuah syarikat penyiasatan persendirian. Beliau telah menjadi popular kerana berjaya menyelesaikan banyak kes menggunakan kemahiran beliau.

Pada suatu hari Cik Julia (lakonan Syiqin Kamal) telah datang ke pejabat 13 dan meminta bantuan. Julia perlu 13 untuk menolong membongkarkan dalang yang menyebabkan bapanya koma. Dengan pelbagai alatan canggih dan ajaib, 13 sedia membantu Julia dalam usahanya untuk menyedarkan bapa Julia. Pada masa yang sama, 11 telah muncul dan membantu pak cik tiri Julia, dan bercadang untuk melawan 13 untuk mendapatkan buku rahsia persilatan gurunya. Apakah yang terjadi selepas itu? Bilanya Uncle Usin ni muncul?

Uncle Usin : Filem lawak sampah?

 

Komen KakiWayang.com :

Punya la payah nak cari gambar dalam filem yang boleh diletakkan sebagai penyeri untuk membuat review ini. Ok, ni bukan komen filem ni, cuma luahan perasaan. Marketing department publisher cerita ni tak buat keje ke? Kurang jugak publisiti yeah? Orait, agak panjang komennya :

1. Kami sentuh pada genre filem ini terlebih dahulu. Adalah ditulis bahawa genre utama filem ini adalah komedi. Seriusly, kami hanya gelak yang betul-betul ikhlas ada la dalam 2,3 kali je. Walaupun duduk sebelah brader sorang ni yang memang penggelak terbaik (semua benda dia nak gelak), namun tahap lawak yang ditonjolkan dalam filem ini amat-amatlah mendukacitakan. Memang tak lawak la cerita ni.

2. Dari segi barisan pelakon, memang dah pelakon-pelakon famous dah, cuma nampak memang ada benda yang tak kena dengan lakonan diorang dari awal hingga ke akhir filem ini. Admin baru sahaja tengok ‘Lawak ke der?’ pada minggu lepas, sangat-sangat lah berbeza. Dalam lawak ke der, boleh kami gelak sepuas-puasnya walaupun tengok berkali-kali. Namun, dalam filem ni, lawak tak menjadi langsung. Watak zizan sebagai hero bernama 13 ni pula, bila diperhatikan lebih kepada mengikuti Apek Senario punya cara berlakon. C’mon bro, nampak sangat kot gaya apek. Penampilan istimewa Angah dan Jambu Raja Lawak tidak menyumbang kepada tahap komedi filem ini.

3. Dari segi video, biasa sahaja. Audio filem ni kurang sedikit dengan ada beberapa part tu bunyik macam hilang-hilang secara tiba-tiba. Sound effect yang digunakan adalah berlebihan dan kadang-kala tak kena langsung. Yup, tak salah nak jadikannya sound effect sebagai benda yang lawak dalam filem, cuma banyak bunyik yang tak sesuai pabila sampai satu-satu scene. Plus, cara highlight setiap jurus yang mereka gunakan untuk berlawan adalah sangat annoying.

4. Jalan cerita? Hancur. No komen. Sangat simple and yet, macam takde plot dan element of suprise langsung (apabila baca pengarah kata perkara utamanya adalah siapakah uncle usin?). Dari awal hingga nak habis filem tu nabil tak keluar, so korang dah boleh agak 15 minit terakhir tu sape sebenarnya uncle usin.

5. Ada beberapa scene ‘lawak’ mungkin adalah dari perkara yang sebenar, seperti Julia yang takutkan katak pengubat yang dibawa oleh Spy 13 ni, so nampak muka si Julia ni memang takot katak. Ada juga scene dimana pelakon seperti salah cakap, then ada pelakon lain yang betulkan dan diorang pun gelak. Suppose penonton pun akan gelak bersama perhaps?

Uncle Usin : Filem lawak sampah?

6. Jika dilihat dari tubuh Johan, filem ini adalah filem lama, yang lambat ditayangkan. Maaf, Jozan tidak lawak dalam filem ini, sori ye peminat-peminat Jozan, filem ini bukan untuk anda bergelak ketawa bersama artis pujaan anda.

7. Ending? Seperti ada ditulis atas tadi. Klimaks takde. Dan ending adalah sangat mendukacitakan. Nabil nye part berlakon hanya 10 minit terakhir.

Kesimpulannya, kami pun tak tahu apa sebenarnya production company ni nak dari filem seperti ini. Sebab kami yang menonton ni pun, rasa segan dan kecewa apabila menontonnya, apatah lagi mereka adalah orang pertama yang menontonnya selepas habis pengembaraan filem. Banyak lagi cerita di cerekarama TV3 contohnya yang lebih baik dan ada nilai komersial berbanding filem ini. Harapan kami sebelum masuk ke panggung wayang mengharapkan filem ini filem yang amat lawak sebab ada Jozan dan Nabil. Filem melayu tidak akan dipandang tinggi jika filem seperti ini yang dihasilkan.. Maaf, sekian.

ps : Mana la blogger2 dapat sinopsis ni ye : “Kumpulan Spy 13 yang dibangunkan 3 detektif (johan, zizan, nabil) persendirian sangat terkenal kerana berjaya menyelesaikan banyak kes-kes yang ditugaskan. Salah seorang ahlinya juga mempunyai pelbagai keupayaan seperti menerbangkan bola kecil kepada musuh. Dipendekkan cerita, spy 13 diupah untuk membongkar rahsia salah seorang bapa ahli kumpulan sendiri dan mereka mendapati 1 konspirasi besar sedang berlaku, menyebabkan mereka perlu mengembara ke seluruh negara untuk menamatkan konspirasi tersebut.Sangatlah bukan jalan cerita yang sebenar~

24 Comments

  1. Sedih membacanya….

  2. Peerrrgghh…selamat bace entry ni dulu..kalo tak membazir duit den jo boli tiket wayang..mcm tgk cite2 prof madya tuu..huhu…

  3. USIN BUNGA lagi best kot? hahaha…. DEY BUDAK!!! hahaha…

  4. sokong pendapat korang!!!
    aku rasa tertipu. aku dah bajet2 cerita ni hebat.
    apa tak hebat, ada johan, ada zizan, ada nabil.
    dan pelakon tambahan2 lain yg sememangnya otai dalam seni.
    tapiiii.. entah apa yang aku dapat lepas tengok.

  5. fuhhh… nsib bek xtgk lg

  6. Aku dah tgk crite ni….best…. lawak…santai…releks la bro…crite melayu….klau x suka crite melayu jgn tgk…

  7. Jom la kita sokong industri kita….sblum ni pun korang ada gak tgk cicakman…kluang man…spy man….entah apa lg…..lg x masuk dek akal…..nama pun lawak, x pyh nak perah otak beb…..layan…..

    • ehe, kalau filem lawak tu memang lawak xpe… cam Adnan Sempit jalan cite selekeh, tp atleast menjadi gak lawak dia…hihi.. – drama xpe, filem orang bayar tiket-

    • yang korang yang komen kata sapot filem melayu ni dah tengok ka fitlm neh…?

  8. Luv u all…..

  9. setuju dgn penulis…sy dan rakan keluar panggung sebelum cerita habis sbb sangat bosan dan rs diperbodohkn.ade beberapa org lain dah kuar panggung awal sblm kami.scene terbang pun nampak tali..apeda..penonton ketawa sbb diorg xcut ape yg silap.sgt mendukacitakan dan membazir duit betull!

  10. sampah weh..
    rugi 14 hengget aku

  11. xjadi nk g tengok.

  12. ‎….hmmm, of course la berbeza dgn “lawak ke der”…brapa tahun beza pgalaman JOZAN..tp kalau nak bg komen kpd pengarah n produser, mmg setuju la!…tp jgn la buat perbandingan pelakon tu, JOZAN time tu baru…x boleh nk demand, terima jela watak apa2 pun…skrg diaorg dah matang, n lakonan + lawak pun dah brilliant, xkan sama mcm dulu…rileks la, filem tu hnya utk peminat JOZAN shj, kami akan tutup mata melihat sgala ksilapan dan hanya buka mata utk melihat lakonan JOZAN, cukup walau hanya diorg gerakkan badan sikit pun..hahaha ;D

  13. aku tak salahkan Aza sebab dia sokong industri perfileman negara. aku pun sokong. aku pun bangga kalau ada cerita malaysia yang bertaraf antarabangsa.
    semua orang bangga.

    tapi pembuatan cerita ni membuatkan aku berfikir di mana letaknya spesifikasi dalam membuat/menerbitkan filem. adakah bila org kata “aku nak buat filem” maka karya beliau terus ditayangkan di cinema walaupun hanya bertaraf telemovie? atau apabila org kata “terbitan aku makan belanja 14juta” maka karya beliau perlu masuk panggung?

    kalau nak ikut lawak sempoi, jalan cerita takde motif, zombie kampung pisang [ZKP] boleh dijadikan contoh. tapi ZKP best. memang lawak. sempoi habis. itu baru berbaloi duit panggung. contoh lain, kalau tengok kak Shiela Rusly, kalau nak buat drama betapa telitinya dia. lebih teliti dari pembikinan cerita ni.

    aku ada tulis “idea, jalan cerita, dah bagus dah tu” maksudnya, cerita ni best. cuma pd pembikinan dia je. aku tengok pada sesetengah scene tu, belum habis scene dah tukar ke scene lain. membuatkan cerita kelam kabut n tak menarik. sekian, trm kasih.

    p/s: team kakiwayang, thanx sebab sudi datang melawat. <3

    • TQ Marina, kami di KakiWayang.com memang selalu support filem melayu. Tambahan ada filem melayu yang baik lakonan dan jalan cerita seperti 3 Temujanji yang kurang promosi dan tak ramai tengok di wayang.

      Cuma kalu filem tu mmg ‘tangkap muat asal ada’ tu yang kami tak suka. Kami juga review atas dasar berbaloi untuk duit tiket RM10/RM14 yang kebanyakkannya kami beli sendiri (kekadang je dapat tiket free – itu pun review secara jujur dan ikhlas).

      Harap pembaca yang lain faham konsep ini. =)

      • aku pun kdg2 dpt tiket screening dr blogger lain. aritu dapat tiket ke “berani punya budak” arahan Afdlin Shauki, tapi xdapat pergi. sedih..

        esok2 kalau jumpa tegur yep. :D

  14. Kalau pengarah macam sampah….hasilnya sampah…!!!

    pelakon2 ni mantap..cme ikut arahan pengarah sampah!

  15. Berapa kali aku tido dlm panggung ntah.. bosan nak mampos! Rugi duit aku.. citer man laksa pun tak sebengong ini..

  16. UNCLE HUSIN MOVIE – balasan kerana penulis skrip asal telah ditipu…Allah maha adil…

  17. Sori kalau komen aku ni mcm x sokong cite tempatan, tp aku mmg sgt setuju ngan tajuk post ni, cuma buang tanda ‘?’ je… Uncle Usin : Filem lawak sampah!!! Tolonglah wahai pengarah filem tempatan supaya jangan bunuh insdutri filem tempatan sendiri dgn terhasilnya filem sampah macam ni. Rasa cam x larat diperbodohkan masa tgk cite ni smpi terpaksa kuar awal (x sempat nampak nabil pun)… Sori kengkawan sume, memang menyesal tahap cipan tanah tgk cite ni…

  18. Kesian kat pelakon2 dlm cite ni, mula2 ingat jln cite dia ‘mencari uncle usin’, tp sampai ke sudah takde, memang patot pon nabil sound (time ending) ‘name uncle usin tapi scene uncle usin ade satu jek’. baik tuka name dari uncle usin kpd spy13 sbb spnjg cite cume tentang spy13 selesaikan kes jek. pastu yg klaka part julia n s/u spy13 lawan ngan apename makhluk besar tu, kan ade scene terbang2, boleh ternampak tali, jelas! ape la…tali sikit tu pon tak reti cover ke? camni punye movie baik jgn tayang kat wayang la, bazir duit orang jek.. kesimpulannye, aku nyesal tengok.. :(

  19. nasib lah aku tak beli tiket wayang bayar Rm10, nak negok citer ni….. aku rasa filem ni sekali take action agaknya… kalau salah2 pun ok je…

  20. memang bosan seh…
    banyak lawak mengarut…
    jalan cerita makin lame makin merapu….

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


+ 4 = 7

Choose a Rating

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>