KakiWayang.com

X Janda-jandaku Gangster : Takde la gangster sangat

Author
Users
  • Pelakon
  • Jalan Cerita
  • Komedi

Hoho. Pastinya ramai yang menunggu review filem terbaru pelakon Pierre Andre ni. Panas dari ladang kami bawakan hari ni juga review filem X Janda-jandaku Gangster ni. Masa beli tiket tadi usha jugak seating untuk filem Bohsia 2, full house yoo. Siap abang-abang depan kitorang masa beli tiket nak tengok bohsia (baca: filem bohsia) frust sebab dah penuh. Orait, nak save kritik-kritik membina filem X ni di ruangan ulasan bawah nanti. Filem arahan Ahmad Rusli Khadri. Dan dilakonkan oleh Pierre Andre, Intan Ladyana, Diana Amir, Liana Rafiai, Nuremy Ramli, Chloe Nicole dan Siti Chubby.

Meh layan dulu sinopsis filem ni :

 

Sinopsis Filem X : Janda-jandaku Gangster

Filem ini mengisahkan Hafiz (lakonan Pierre Andre) seorang yang telah berkahwin sebanyak lima kali dan bercerai di atas sebab-sebab tertentu untuk kelima-lima isterinya.

Perkahwinan pertama bersama Zai. Secara tak sengaja 12 tahun sebelumnya dengan seorang tomboi bernama Zai, apabila mereka ditangkap pasukan pencegah maksiat secara kelakar walaupun mereka tak bersalah. Zai diceraikan kerana mak Hafiz salah faham ternampak Zai bercanda dengan seorang perempuan.

Perkahwinan kedua bersama Fatihah. Seorang wanita yang sangat patuh pada arahan. Setelah bosan, beliau diceraikan. Perkahwinan ketiga bersama Sophie, seorang wanita kaya. Setelah berkahwin Hafiz tidak bekerja dan Sophie dapat tahu mengenai dua perkahwinan awalnya. Hafiz dibelasah pengawal Sophie dan akhirnya diceraikan.


Perkahwinan keempat bersama Wanda. Seorang gadis litar yang telah menjadi janda beberapa kali. Apabila berkahwin Hafiz mengetahui tabiat buruk Wanda dan 6 orang anaknya. Perkahwinan terakhir bersama Ziana. Beliau hampir melanggar Ziana yang menyelamatkan seekor binatang di tengah jalan, dan terus jatuh cinta dan berkahwin. Setelah di-queen control oleh Ziana, Hafiz menceraikan isterinya yang kelima.

Akhirnya beliau menjumpai Arisa, yang diharap adalah cinta sejatinya. Pada awalnya kesemua janda-janda beliau cuba untuk menyelamatkan Arisa daripada menjadi janda seterusnya, namun pada akhirnya mereka berpakat dan membantu Hafiz untuk mengambil hati Arisa. Apakah yang berlaku seterusnya?

 

Review KakiWayang.com

Sebelum memulakan review, kami ingin nyatakan di sini bahawa kami sentiasa membuat review secara jujur dari kaca mata seorang penonton biasa. Jangan kata kami tak support filem tempatan. Kami sentiasa support filem-filem tempatan yang baik, namun untuk filem ni banyak kekurangan dari kebaikan. Nak kata macam tengok bola la, semua penyokong nak team diorang menang, tapi bila dapat bola semua tendang atas palang gol memang takkan dapat la kita raikan kemenangan kan? Tak puas la tengok kan? Panaskan badan nak tengok friendly Malaysia-Singapore esok katanya.

Orait, pertama sekali kami nak sentuh mengenai pelakon. Gandingan Pierre Andre dan Intan Ladyana seharusnya menjadi mantap la kan, diorang orang lama dalam industri perfileman. Belum pun masuk lagi pelakon lain yang menjadi janda-janda kepada Hafiz dalam filem ni. Boleh dikatakan semua pelakon nampak seperti agak kaku dan macam tidak bersedia sangat. Satu perkara lagi, kelainan watak yang ingin dibawa kepada kesemua lima janda tu tampak kurang menjadi. Pelik sangat cara diorang berlakon. Yang nampak OK pun isteri pertama Pierre Andre tu je sebagai tomboi.

Kamera pada banyak part seperti bergegar-gegar. Lokasi untuk sejam pertama filem ni hanya di dataran di sebelah Suruhanjaya Tenaga di Putrajaya. Sepanjang filem ni terlalu banyak sangat dialog yang tak perlu. Yup, tak perlu! Contohnya, apabila seseorang tu bercakap dan pada masa yang sama melakonkan semula perkara yang dibuatnya. Arghhh, rasa rimas banyak sangat bercakap, jika dikurangkan sedikit dialog/narration dan lebihkan body language. Menyentuh pada genre komedi filem ni, ada jugak beberapa part yang kelakar sangat, tapi dialog yang panjang tadi menjadikan filem ni membosankan sedikit bila komedi berlalu pergi..

Kelakarnya apabila mood watak-watak dalam filem ni cepat sangat berubah. Ditambah pada penghujung filem ni, Hafiz datang ke rumah Arisa setelah dipaksa oleh kelima-lima jandanya. Dan keluarlah mak si Arisa ni memula marah, pastu kejap je berubah jadi sangat suka dan dia pulak yang lebih-lebih, seterusnya datang jiran-jiran bawak sepanduk suruh Arisa terima Hafiz. WTH? Spoiler ending xmo la cerita, lebih kurang konsep Bini-biniku Gangster..

 

Takkan semua benda tak best abang KakiWayang.com?

Oho, mesti la ada part yang best dan ok untuk sesebuah filem. Walaupun ada satu row depan ni bawak anak-anak (diorang ingat ni cite Madagascar 3 kot), filem ni menyentuh mengenai permasalahan keluarga yang berlaku dalam komuniti dan persekitaran kita. Secara tersirat, kami rasa filem ini ingin memberitahu bahawa pelbagai ragam dalam perkahwinan. Bila pihak laki suka, tak semestinya pihak perempuan suka, dan begitulah sebaliknya. Satu filem sentuh terus lima jenis wanita yang selalu lelaki bosan bila berkahwin.

Part paling kelakar kami rasa masa dia kahwin dengan isteri nombor dua yang sangat patuh pada arahan. “Ye bang” dan terus buat apa yang diminta. Hafiz ni ngade-ngade la mengusik masa bersanding nak “nak air teh tarik satu boleh sayang”, pastu dia senyum malu kucing, pastu isteri dia ni terus buat teh tarik kat sebelah katering dan bagi dia minum. Hahaha, memang muka Pierre Andre tak boleh blah time nih. Rasa nak lempang lelaju.

Buat peminat aksi drift dan extreme sports, anda bolehlah menonton filem ni, sebab mereka banyak masa dihabiskan untuk aksi-aksi drift dan stunt. Takde la romantik sangat pun kalau ada couple yang ingat ni filem romantik.

Secara rumusan, kami ingin nyatakan tiket yang kami beli tidak berbaloi untuk filem X Janda-jandaku Gangster. Namun, gagah juga menontonnya untuk menulis review ini. Ditambah dengan jumlah penonton yang sedikit sangat untuk hari pertama menampakkan trailer filem ini sendiri tak berjaya membuatkan orang datang beramai-ramai seperti filem Bohsia (nantikan review Bohsia pula oleh Zizi pasnih).

 

“Katakan tidak pada filem ini” Oppsss silap tagline pulak..

“Katakan tidak kepada merokok ye adik-adik dan abang-abang sekalian”

 

8 Comments

  1. amboi abang kaki wayang ni.. okey taknak tengok hahahha.. madagascar?

  2. tgk tjk filem pon dah agk,lbh2 lagi bile david teo yg bt..ending dia pon mst ade ala2 bini2 ku gangster..
    lpas nie buat nenek2 ku gangster plak yer..

  3. Suka baca blog nie… ulasan dia tu x nampak cam belah sebelah….. kurang minat nak tengok cita nie lepas baca review nie

  4. Filem yg bagus adalah filem dpt menangkap audience dlm 5 minit pertama pembukaan. Nampaknya film ni boleh membuatkan aku meninggalkan pawagam dan mengamuk kt kaunter tiket mintak duit balik!. Tp gagahi juga menontonnya kerna nk buat review jugak!. Tp haram aku x paham apa ini filem!. Rasanya drama tv lagi best wokay!. Walaupun aku tak berapa berkenan BOHSIA 2 tu tp ia boleh ditonton dan tak rugi mcm X ni. Silap pangkah

  5. cite melayu yg plg xbest..ni la cite yg membuatkan aku nk kuar dr panggung..cite ‘X – janda-jandaku gangster’ ni xlayak utk masuk dlm senarai filem/panggung.. rugi je sapa yg dh tgk cite ni..

    • alah genk sume jan mrh2 tak bek lah ..k..snyum sume..bru hensem…huhuhu

  6. bosan tgk citer ni..ada lawak tu cam dah penah guna sebelum ni,,adalah sekali 2 bibir ku ini tersenyum.

  7. “Katakan tidak pada filem ini”
    HAHAHA … i gonna admit.. i download this this movie and after stgah jam tgok filem ni, aku delete dri komputer .. xlayak wat koleksi movie2 ..
    pndapat jujur

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Choose a Rating

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>