Siapa KakiWayang?
KakiWayang.com diwujudkan untuk berkongsi ulasan filem yang ditayangkan di panggung wayang untuk rujukan pengemar filem. Buat masa ini, KakiWayang diuruskan oleh empat orang kawan yang memang suka menonton filem! Ulasan-ulasan yang kami keluarkan adalah ikhlas tanpa cuba untuk membodek mana-mana pihak. Pastinya ulasan filem terbaik hanya di KakiWayang!
NAK KENAL PENULIS?
Filem aksi sangat diminati oleh HantuWayang. Walaupun menggunakan nickname HantuWayang, beliau jarang-jarang menonton filem seram. Sebab dia ‘Hantu’ Wayang dan bukannya seorang yang suka filem hantu!
BertihJagung namanya sebab suka makan bertih jagung. Kebebalan maksima dalam bidang download-mendownload menyebabkan beliau lebih gemar pergi ke panggung. Tidak menyukai filem hantu/seram atas sebab2 peribadi. Minat untuk mengulas filem tempatan sambil membawa cogankata ‘kami komen kerana kami sayang’. Kelemahan beliau ialah tidak suka menunggu dalam tempoh yang lama untuk masuk kepanggung , beliau akan boring lantas membuat tarian labi-labi di khalayak ramai bagi mengisi masa lapang
Satu-satunya awek di dalam Team KakiWayang. Nama pun PopcornMadu, beliau rasa tidak selesa jika tidak makan popcorn semasa menonton wayang. Mempunyai hobi melukis di waktu terluang.
Voldemort seorang yang bukan jahat seperti yg digambarkan dalam mana-mana Harry Porter. Beliau seorang yang sangat sayangkan haiwan terutama Kucing. Kalau boleh, beliau ingin mendirikan pusat kucing dimana menempatkan segala jenis perkhidmatan dari hotel, perubatan, aktiviti hujung minggu dan sebagainya disatu pusat…











Recent Comments