KakiWayang.com

Alamak…Toyol! : Alamak betul!

Author
Users
  • Jalan Cerita
  • Pelakon
  • Komedi
  • Keseluruhan

Alamak...Toyol! : Alamak betul!

Alamak…Toyol ! Sebuah filem komedi terbitan MIG  dibintangi Angah Raja Lawak, Along Cham, Muhammad Afiq Izzudin, Adeline Tsen, Hamid Gurkha dan Tyzo. Angah, Along dengan Hamid Gurkha je korang kenal kan? haha..So macam iklan toyol dalam cerita ni yg dibintangi adik  Afiq Izzudin mempunyai kesengalan yg amat dahsyat dan disitulah point lawak die sepatutnya. Tapi lebih tertarik ngan lawak Hamid Gurkha je kot. Hehe.

Sinopsis:

Semuanya bermula bila Pak Umar berjumpe seorang bomoh untuk membeli toyol idaman hati. Jangan macam2 toyol sume ade tanda harga dengan cop mohor untuk cop dekat dada tuan dia. So toyol ni ada mcm2 rupa kononnya ada warna emas, merah, biru,  kuning warna kebangsaan. hoho. Pak Umar pilih yang affordable la kate omputih, paling kecik n warna hijau dengan harapan dia boleh la goyang kaki je duduk kat rumah. Yela dah nama pun toyol, tukang curik duit jela kan. Tapi sehari je Pak Umar dah tak tahan nak jaga toyol yang sengal tersebut. Ikut agreement dengan Tok Bomoh kene jage sampai 2 tahun baru boleh pulang. So jalan lain kena cari orang yg sanggup terima dah macam saka pulak.

Alamak...Toyol! : Alamak betul!

Fakhrul (Angah Raja Lawak) dan Kudin (Along Cham); dua peragut, perompak dan penyamun yang kurang tak pernah berjaya menjadi mangsa untuk terima toyol ni. Macam mana diorang leh terjumpe dengan Pak Umar tu korang boleh tgk sendiri dalam filem nnt atau boleh tunggu ade org upload kat youtube. Dengan harapan berbunga2 yang si toyol boleh tolong curik duit, diorang pun bawak la toyol sengal ni pegi mencuri tapi memang tah ape2 mengarut la toyol ni buat. Toyol versi tak pandai mencuri. Diri sendiri tak gelak sangat pon tp ramai penonton lain gelak so consider kelakar jugak la kot.

Alamak...Toyol! : Alamak betul!

Di sudut lain, dengan tetibe ada watak nama Farah (Adeline Tsen) secretary kepada Daniel (Tyzo Tuah) yang dapat tahu syarikat yg dia kerja ni mengedar dadah. Disebabkan bos dia takut Farah bocorkan rahsia, konco-konco diarah untuk membunuh dia. Malam yg sama konco2 dtg nak bunuh tu jugak la toyol ngn tuan2 dia dtg nak merompak. Konco2 terkezut la bila nampak toyol seekor sergah, terus lari lintang pukang derr..Nak dijadikan cerita, jd geng la pulak  si Farah, Fakhrul n Kudin nih sebab toyol ni ala2 dah selamatkan nyawa Farah. Tyzo Tuah gayanya mcm patut berlakon dalam filem Sembilu. Yang penting mana2 filem Yusuf Haslam la. Sesuai nau tu..

Untuk kisah selanjutnya boleh menonton filem ini di pawagam.

Apa yang best?

1. Hamid Gurkha kelakar.

2. Toyol tu katogori comel jugak. Budak2 akan suke tgk.

3. Err..sesiapa yg dah tengok tolong tambah point dekat bahagian komen dibawah.

 

Apa yang tak best?

1. Yang pasal dadah2 ni motif ape? Mungkin sebab nak create watak perempuan dlm cerita ni.

2. Kenapa semua orang boleh nampak toyol dalam filem ni. Semua orang dah jumpe Mak Itam untuk bukak hijab ke?

3. Scene yang kelakar tu banyak tapi takde yg betul2 kelakar yg bile balik rumah boleh teringat (gaye nak cam pengkritik AF)

4. Polis yg tangkap pengedar dadah mcm tak logik sikit. Nnt korang cuba fokus sikit kat scene ni.

5. Ada manusia yg bersuara kuat duduk kat belakang kitorang. Mungkin cita2 die masa kecik nak jadi narrator tp tak kesampaian(ini selingan je tade kene mengene ngan filem ni…).

 

Korang2 yg dah tgk filem ni jom kongsi komen anda yg bernas dibawah. Nak share lagilah dialu-alukan. =)

Alamak...Toyol! : Alamak betul!

7 Comments

  1. Gabungan Angah dan Along mmg terbaek..ade satu filem lagi yg gabungkn Angah dan Along yg akn kuar 22 Disember ni..filem Satu Malam Kubur Berasap kalo xsilap..tgk trailer die pn dh beh..

  2. tak tengok lagi pun hehe nanti dah tengok boleh dtg tolong tambah point
    puanbee recently posted..Contest : Gadget Impian SayaMy Profile

  3. dah tengok.aku rasa lebih banyak tak best drpd best. Rasa mcm rugi jugak duit beli tiket.
    Yang tak best:
    1. Banyak sngt scene nak merompak rumah tapi tak jadi..nak muntah aku tengok scene ni jer dia ulang2.
    2. Pastu ada cencored2 pompuan telanjang la isap nenen la..aku bawak anak sedara..tak sesuai scene tu ditayangkan.
    3.lawak pun tak berapa menjadi. Dialog angah tu ulang2 “eh! kau diam lah!balik2 tu jer yg dia cakap.bosan.

    aku puji lakonan adik toyol tu..bagus..yg lain2 tu biasa jer.

  4. scene toyol joget dgr lagu juga kurang lawak

  5. citer ni antara citer paling teruk aq tgk hampir sama ngan citer zoo…sory..aq bukan x sokong perfileman malaysia..tp citer ni mcm kosng..

  6. Lebih baik filem ni diendoskan di bawah
    channel astro ceria. Dan mcm mana finas
    boleh meluluskan proposal filem yg x
    berkualiti ini.

  7. aku nk g th kt smua cmen kt ats 2

    korang rti ke brlakun a nk saon plakun 2

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


3 − = 2

Choose a Rating

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge